Blog Archive

Friday, February 18, 2011

Di Ambang Sore




Wajah-wajah di ambang sore
Mahathir sudah pun berlabuh..
Nik Aziz bila lagi?



Thursday, February 17, 2011

Lim Main-main Politik

Apabila Lim Guan Eng mewujudkan satu potfolio baru berstatus ahli majlis mesyuarat eksekutif kerajaan negeri (exco) yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal bukan Islam dan secara khususnya menyebut agama-agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu seperti yang ditulis dalam blog rasminya hari ini, beliau bukan sahaja lari dari inter-locking perdebatan hangat penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama / IFC, malahan beliau telah membuka satu precedent baru dalam merealisasikan apa juga agenda yang mahu beliau lakukan.

Adakah dalam hangat ahli politikus negara (termasuk sidang parlimen kedai kopi) membincangkan hal-hal pilihanraya kecil yang bertalu-talu hadir maka Lim Guan Eng mengambil kesempatan penuh mewujudkan portfolio baru yang menyentuh soal kesensivitian agama dalam negeri yang beliau berkuasa penuh ke atasnya?

Mungkin rakyat Malaysia mudah lupa dengan kemelut cadangan penubuhan IFC suatu ketika dahulu yang menyebabkan YB Kulim, Zulkifli Nordin meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) gara-gara Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia tanggal 9 Ogos 2008.

Atau rakyat Malaysia sekali lagi mudah lupa dengan peristiwa pembakaran gereja awal tahun 2010 gara-gara isu penggunaan kalimah Allah dan tuntutan disegerakan penubuhan IFC bagi menangani isu kalimah tersebut?

Apapun Archdiocesan Ministry of Ecumenical and Interrelegious Affairs atau AMEIA pasti senang hati dengan keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Persoalannya, ke manakah perginya rundingan Pakatan Rakyat yang melibatkan para pemimpin tertinggi parti-parti yang membentuknya terutama PAS? Adakah pewujudan exco tersebut adalah keputusan satu pihak (DAP) sahaja melalui Guan Eng ataupun keputusan bersama pemimpin Pakatan Rakyat?

p/s: teringat tulisan sahabat saya, Anuar Mohd Nor dalam www.umno-reform2.com yang menulis PAS jadi UMNO - kerajaan UMNO jadi PAS.

(klik tulisan berwarna untuk sambungan link dan/atau keterangannya)

Tuesday, February 15, 2011

Ada Apa Dengan FLOM

Ada apa dengan FLOM ? Nampaknya isu FLOM sangat hebat diperkatakan. Ahli-ahli politik yang memegang title ahli parlimen Malaysia, ahli dewan undangan negeri, ahli-ahli politik kedai kopi (setiap kampung dan bandar), para pendidik tidak kira di universiti, kolej, sekolah (rendah dan menengah) serta tak ketinggalan tadika kemas atau pasti, dan sudah semestinya makcik-makcik suri-rumah yang setiap petang bersidang dalam mesyuarat tingkap di halaman rumah speaker terpilih antara jiran tetangga mereka.

Ianya gara-gara ayam sabung betina DAP, Teresa Kok (Seputeh) telah pun berkokok di dalam blognya Sassy MP. Ianya adalah sahutan dari kokokan ayam sabung pertama pakatan pembangkang Liew Chin Tong (Bukit Bendera) yang telah berkokok dalam parlimen sebagaimana yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider. Cukupkah bacaan bukan Melayu melalui tulisan ahli parlimen berbangsa Cina itu yang mahir berbahasa Inggeris? Sudah pasti tidak! Harakahdaily yang menjadi kitab panduan mazhab PAS dan mudah dibaca oleh kelompok Melayu mesti memainkan peranannya dan peranan itu telah dimainkan dengan jayanya.

Ada apa dengan FLOM? Atau sasaran pakatan pembangkang hanyalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Rosmah Mansor? Dan seterusnya mengikat beliau dengan Najib Tun Razak dan sebagai pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia yang diterajui oleh perikatan Barisan Nasional (BN) dapat mewujudkan satu persepsi yang negatif terhadap keseluruhan kerajaan persekutuan BN?

Atau apakah sebenarnya yang mereka (pembangkang) mahukan? Menekan agar isteri kepada Perdana Menteri hanya duduk di rumah dan membesarkan anak-anak serta memastikan kebersihan halaman rumah sahaja? Dan akhirnya, isteri Perdana Menteri menjadi ikon kepada para isteri pemimpin persekutuan mahupun negeri iaitu, ikon duduk diam di rumah? Bagaimana dengan sifat isteri pemimpin yang perlu membantu suami mereka dalam soal masyarakat, kebajikan bahkan politik suami mereka?

Agaknya, sebelum ayam-ayam sabung pembangkang ini berkokok mengenai FLOM, pernahkah mereka melihat peranan-peranan first lady yang ditampilkan di bawah ini.

Foto 1 (kiri) : Michelle Obama, First Lady of United State America bukan hanya pandai mengekori kemana suaminya pergi, bahkan kemampuan beliau jauh lebih dari itu. Beliau mampu berucap serta berkempen bagi pihak suaminya dan merupakan seorang pemidato yang baik.

Foto 2 (bawah) : Azam Al-Sadat Farahi, juga digelar First Lady of Iran telah memecah kebiasaan wanita Iran yang tidak suka keluar dari rumah. Beliau membantu suaminya, Ahmadinejad dalam majlis-majlis rasmi terutamanya yang melibatkan negara-negara asing.

  


Foto 3 (kanan) : Aguas Oscana, First Lady of Honduras digambarkan sebagai seorang isteri pemimpin utama Honduras yang amat mengambil berat soal kebajikan rakyatnya dan akan turun membantu rakyatnya terutama apabila negaranya mengalami malapetaka bencana alam.       

Foto 4 (kiri) : Rosmah Mansor, (FLOM?) dalam satu lawatannya ke negara Arab Saudi dan mengunjungi rakyat Malaysia yang belajar mahupun bekerja di sana.



Foto 5 (kanan) : Christina Fernandez de Kirchner, First Lady of Argentina yang bukan sahaja aktif dalam soal kebajikan, malahan telah dicalonkan sebagai salah seorang candidate dalam pilihanraya di Argentina dan beliau telah memenanginya.


Foto 6 (bawah, kiri) : First Lady of Searra Leone dalam satu tugasannya memberikan ceramah mengenai kepentingan kesihatan kepada rakyatnya yang sering dilanda wabak dan penyakit.

Foto 7 (kanan) : Barbara Richardson, First Lady of Mexico sedang menyampaikan vaksin percuma kepada rakyatnya dalam usaha menangani wabak dan penyakit yang sering melanda negaranya.


Foto 8 (kiri) : First Lady of Lebanon (Wafaa Suleiman) & First Lady of Iran (Azam Al-Sadat Farahi) ditemani oleh Rand Berri, isteri kepada Ahli Speaker Parlimen Lebanon dalam satu majlis isteri-isteri pemimpin negara Arab & Afrika tidak berapa lama dahulu di Rome.

Foto 9 (bawah, kanan) : Rosmah Mansor bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di pejabat rasmi Perdana Menteri, Putrajaya meraikan seorang kanak-kanak bertuah secara live-in-person.


Jadi, apa sebenarnya yang menjadi masalah besar kepada Teresa Kok, Liew Chin Tong, Salahuddin Ayob dan ramai lagi politikus pakatan pembangkang mengenai isu FLOM? Jika pun kerajaan memperuntukkan satu bajet khas bagi memberi peranan kepada First Lady of Malaysia dalam membantu suaminya tidak kira mengenai kebajikan, pendidikan mahupun politik suaminya bersesuaian dengan kerja-kerja publik (public-serving) yang diletakkan di bahu jemala suaminya seorang sahaja, ianya berbaloi. Hari ini dia mampu menolong suaminya dan seterusnya menjadi role-model kepada para isteri menteri-menteri mahupun ahli-ahli parlimen serta dewan undangan negeri yang lain. Adakah ianya menjadi satu kesalahan?


Atau mungkin mereka tertanya-tanya, ke manakah hilangnya BAKTI atau BALKIS? atau mana-mana badan amal yang pernah diwujudkan selama ini?

(*klik tulisan berwarna untuk sambungan link dan/atau keterangannya)

Monday, February 14, 2011

#1 entry

As we search for the truth, let things speak for itself..

Enjoy the reading, folks!