| Suara Kebangkitan - Gerakan Pembangkang Menggunakan Nama Hizbut Tahrir & Ikhwanul Muslimin? | 
| Written by GreenHood | 
| Monday, 28 March 2011 16:52 | 
| Edisi terbaru terbitan berkala "Suara Kebangkitan" adalah bernombor 251 dan tajuk artikelnya adalah "Bolehkah DNA Menjadi Bukti?". Sebelum ini, berbagai lagi tajuk artikel yang dikeluarkan oleh kononnya terbitan Hizbut Tahrir Malaysia yang menggerakkan perjuangan Ikhwanul Muslimin di Malaysia. Menggunakan laman portal www.mykhalifah.com yang ternyata kosong sebagai satu "dummy"  bagi mengelirukan pembaca, adalah menjadi satu tanda-tanya - mengapakah  tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap penerbitan  artikel ini dan pengedarannya di seluruh pelusuk negara. Ikhwanul Muslimin adalah suatu gerakan  yang terkenal di seluruh dunia dan Mesir adalah menjadi nadi kebangkitan  gerakan yang dipelopori oleh Al-Banna dan kini dikaitkan begitu rapat sekali dengan Sheikh Yusoff Al-Qardawi  yang mengejutkan dunia baru-baru ini kerana berjaya menggulingkan  Presiden Husni Mubarrak dari takhta yang dipegangnya berpuluh tahun. Tidak ingin mengulas panjang dengan  gerakan asal Ikhwanul Muslimin di Timur Tengah, gerakan yang dijalankan  di Malaysia ternyata "berbau" politik yang diperjuangkan oleh  pembangkang terutamanya PAS dan PKR. Menjadi idola kepada anak muda Malaysia  terutamanya yang bergelar mahasiswa/siswi, gerakan yang bernamakan  Hizbut Tahrir Malaysia yang kononnya berpaksikan ideologi gerakan  Ikhwanul Muslimin ini seringkali dilihat menentang apa juga yang  dilakukan oleh kerajaan Malaysia dan lebih condong menyokong apa juga  yang dilakukan oleh pembangkang terutamanya PAS dan PKR (sebagaimana  yang boleh dibaca dalam tajuk edisi [gambar] di atas). www.kritis-online.com  merasakan bahawa adalah wajar pihak berkuasa memandang serius akan  perkara ini dan suatu siasatan yang menyeluruh dilakukan bagi melihat  apa sebenarnya yang berlaku di sebalik Hizbut Tahrir Malaysia/ Suara  Kebangkitan/ Ikhwanul Muslimin/ www.mykhalifah.com  ini dan adakah benar bahawa pembangkang menjadi dalang disebaliknya  yang cuba menarik sokongan muda melalui nama Ikhwanul Muslimin? | 
 
 
No comments:
Post a Comment