Serangan bertali arus mula digerakkan oleh pembangkang melalui cerita-cerita sensasi. Ia masih berkisar tentang Altantuya-Rosmah-Najib. Cerita lama dengan adunan baru hingga melibatkan konspirasi tertentu terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya menjadi dalang utama menekan Najib untuk turun dari kerusi perdana menteri sebelum PRU13. Watak-watak baru diperkenalkan seperti Deepak, Raja Roopiah dan sebagainya manakala watak-watak lama diperkemas-kinikan seperti Bala dengan SDnya. Kisah konspirasi memang mendapat tempat dihati pembaca rakyat Malaysia. Tidak kisah sama ada bukti yang ditunjukkan adalah benar atau tidak - kukuh mahu pun sebaliknya. Cerita berbentuk gosip ini akan ditusuk ke sanubari setiap pembaca manakala bahan bacaan disebar secara sistematik didulukan dengan perancang strategik utama pembangkang seperti Rafizi Ramli yang terkenal dengan gelaran "whistle-blower" tetapi hanya memetik kes-kes terpilih sahaja. Tian Chua pula menggerakkan mana-mana medium yang dikuasainya seperti Malaysia Chronicle untuk mensensasikannya lagi. Sebahagian rakyat Malaysia mula menerima email disertakan 'summary story' sekali lagi dalam format penceritaan yang tidak memberikan sebarang bahan bukti. Ia hanya akan (kononnya) dibuktikan oleh Rafizi selaku 'whistle-blower' namun plotnya telah diketahui melalui sebaran email 'summary story' dengan tajuk "THE BLACK ROSE".
Najib Razak sudah menghidu permainan adu-domba pembangkang. Melaga-lagakan dirinya dengan 'the living legend' Tun Dr M akan menyebabkan jentera BN goyah di peringkat tertinggi.
Sebab itu Najib terlebih dahulu melancarkan cogankata "1MALAYSIA TOLAK FITNAH".
Beberapa ilmuan telah digerakkan contohnya di Selangor sendiri, ILMU yang diketuai oleh Ustaz Fathul Bari digerakkan di peringkat bawahan untuk menangkis fitnah-fitnah yang ditebarkan. 30 point dalam negeri Selangor untuk beliau dan kumpulannya berceramah telah dikenal-pasti.
Manakala gerakan pembangkang menuju #KL112 akan dipenuhi oleh cerita-cerita sensasi mengutuk dan mengeji semua bentuk 'kejahatan' kerajaan BN termasuk kisah sensasi 'The Black Rose'.
Semuanya hanya satu; UNTUK MENDAPATKAN MOMENTUM SOKONGAN RAKYAT DALAM PRU 13 NANTI.
Ini adalah permulaan besar kepada pilihanraya yang paling dahsyat dalam sejarah negara!
p/s: Oh ya! Husam Musa dan Khalid Samad juga sebuk menguruskan hal saman menyaman para penulis pro-BN untuk menjatuhkan kredibiliti penulis pro-BN manakala penulis mereka termasuk medium utama mereka seperti Harakah, MalaysiaKini dan Malaysia Chronicle ini akan sebebas-bebasnya melayangkan fitnah seperti yang dapat anda semua baca di atas.
Boustead Holdings Berhad (BHB) menyifatkan keputusan mereka untuk mengambil alih Astacanggih Sdn Bhd serta memiliki 200 ekar tanah Awan Megah Sdn Bhd sebagai satu keputusan komersil (commercial decision).
Adakah keputusan komersil ini dilihat lebih kredibel berbanding keputusan komersil yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor dalam pengambil-alihan hutang Talam? Perbandingan Keputusan Komersil BHB dan Kerajaan Negeri Selangor Rafizi Ramli, selaku pengarah strategi PKR wajar membuat perbandingan langsung kedua-dua keputusan korporat (kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar Incorporated atau MBI dan BHB) tersebut. Menggabungkan tanah 200 ekar dengan 283.20 hektar milikan asal BHB untuk 'boosting land value' adalah suatu keputusan komersil yang tepat bagi jangka masa panjang atau pengambil-alihan tanah seluas 134.34 ekar dengan harga RM43.3 juta oleh kerajaan negeri Selangor terhadap Talam lebih bersifat komersil? Tanah di Bukit Raja Klang merupakan satu kawasan yang sangat produktif dengan peningkatan penambahan penduduk dan adalah satu kawasan komersil yang bernilai tinggi.
Tanah di plot A, B, C dan D adalah tanah 2/3 keluasannya dilitupi air
Manakala 134.34 ekar tanah Talam yang dipersetujui untuk diambil alih oleh negeri Selangor merupakan kawasan paya dengan 2/3 tanah tersebut dilitupi air dengan kedalaman mencecah sehingga 80-100 kaki.
Harga tanah di sekeliling Bukit Raja pula memang dinilaikan tinggi mengikut pasaran semasa manakala tanah di Danau Putra kepunyaan Talam dinilaikan oleh jurunilai bank sewaktu hendak dilelong sekitar RM15 juta iaitu kira-kira RM5.20 satu kaki persegi. Keputusan untuk mengambil alih tanah 200 ekar dengan harga RM130 juta oleh BHB merupakan satu nilai yang berpatutan atau keputusan mengambil hutang Talam dengan nilai RM43.3 juta untuk 134.4 ekar tanah tersebut (menjadikan ia jatuh RM15 kaki persegi) sebagai satu keputusan komersil yang tepat oleh kerajaan Negeri Selangor? Rafizi WAJIB Jawab Sebagaimana saya pernah nyatakan dalam posting terdahulu, Rafizi Ramli bukan sahaja memegang jawatan pengarah strategi PKR bahkan beliau pernah menduduki kerusi CEO pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor dengan gaji yang dibayar melalui cukai rakyat negeri Selangor. Maka itu, beliau WAJIB menjawab pertanyaan pendapat mengenai PERBEZAAN KEPUTUSAN KOMERSIL BHB DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERHUBUNG TALAM ini jika benar beliau prihatin dengan kepincangan pentadbiran kerajaan bukan sahaja BN tetapi dalam pakatan sendiri.
Sudah dua
kali Rafizi Ramli membuat sidang media berkaitan urusniaga yang melibatkan
Deepak, kononnya!
Pertama,
pada 29hb Disember 2012 lalu di ibupejabat PKR, Merchant Square Damansara (klik sini) dan kali kedua pada 31hb Disember 2012 (klik sini) juga di ibupejabat PKR tersebut.
Faktanya
sama iaitu urusniaga pengambilan saham bernilai RM30 juta terbitan Astacanggih
Sdn Bhd serta 200 ekar tanah milikan Awan Megah Sdn Bhd dengan pembelian
bernilai RM130 juta.
Kedua-dua
aset iaitu saham serta tanah tersebut kononnya bakal diambil oleh Bakti Wira
Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad.
Sama ada Boustead
mahu pun Bakti Wira kedua-duanya dikaitkan dengan Lembaga Amanah Tabung
Angkatan Tentera Malaysia atau LTAT.
“Corporate
exercise” ini seterusnya dituding kepada Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
selaku menteri pertahanan yang kononnya punyai kuasa mengarahkan LTAT untuk
membuat apa sahaja.
Untuk lebih
menarik, urusniaga ini kononnya bakal memberi keuntungan kepada Deepak bagi
menutup apa juga keceluparan Deepak terhadap perdana menteri dan isteri.
Sungguh
licik usaha Rafizi Ramli dalam mengatur “game plan” seolah-olah salah guna
kuasa berlaku sedangkan tiada bukti campurtangan kementerian pertahanan apatah
lagi menterinya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi melainkan “assumption” dan “presumption”
yang dibuat sendiri oleh Rafizi memandangkan tiada dokumen berkaitan dengannya
seperti minit mesyuarat mahu pun “standing order”. Jika ada pun hanyalah keratan
akhbar dan laporan audit LAMA sewaktu Zahid sendiri belum menduduki jawatan
yang dijawatnya iaitu tahun 2005.
Mengaitkan
nama Zahid, lebih mudah kerana Zahid sendiri dikaitkan dengan usaha menjawab
segala tohmahan yang dilemparkan oleh Deepak sewaktu Perhimpunan Agung UMNO
2012 yang lalu.
MalaysiaKini
berjaya memerangkap Zahid sewaktu Zahid mengunjungi “medan media” yang
menempatkan para pengamal media termasuklah wartawan MalaysiaKini sewaktu
membuat liputan perhimpunan tersebut.
Andaian
mudah saya adalah sama ada Zahid tidak pernah sama sekali mengeluarkan
kenyataan untuk menjawab dan berita itu telah dipalsukan ATAU Zahid hanya
bermain kata-kata bagi “dismiss” soalan-soalan lanjut berkaitan Deepak dari
wartawan tersebut.
Apa pun,
Zahid berhak untuk tidak menjawab sebagaimana yang beliau telah lakukan sewaktu
ucapan penggulungannya. Tindakan Zahid amat bertepatan kerana beliau
sememangnya tiada “locus standi” bagi menjawab isu mengenai pihak lain
terutamanya perdana menteri dan isteri.
Sebaliknya,
Rafizi Ramli yang fasih dengan struktur pentadbiran serta ekonomi negeri
Selangor wajar melihat kepincangan demi kepincangan menteri besarnya, Tan Sri
Khalid Ibrahim dalam melakukan beberapa “corporate exercise” serta “corporate
decision” yang dilakukan olehnya.
Rafizi
Ramli perlu ingat bahawa beliau satu ketika dahulu pernah menjawat jawatan CEO
dalam pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor dengan gaji yang lumayan hasil rakyat negeri Selangor.
Antara yang
menjadi tanda tanya rakyat negeri Selangor adalah pengambilan dan penebusan
hutang Talam Corporation.
Walau pun “kertas
putih Talam” telah dikeluarkan lebih dari setengah tahun setelah Khalid
berjanji untuk mengeluarkannya, namun kertas putih tersebut dipandang sebagai
satu “karangan ekonomi” oleh ketua pembangkang negeri Selangor sendiri, Dato' Satim Diman
(klik sini).
“Round-tripping
figure” yang ditonjolkan oleh Khalid masih menjadi tanda tanya apabila Bursa
Saham sendiri masih tidak dapat gambaran jelas sturktur sebenar pelunasan hutang-hutang terakru Talam
atau Trinity Corporation (nama baru Talam).
Kemusyikan
terhadap kaedah penutupan hutang Talam dengan pengambil-alihan oleh Menteri
Besar Incorporated (MBI) dibayangi oleh anak-anak syarikat berkepentingan
seperti Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Selangor Darul Ehsan
(KSDB), Kumpulan Perangsang dan lain-lain.
Anak-anak
syarikat ini dikatakan “telah menjadi mangsa” kerajaan negeri untuk menyelesaikan berbagai
hutang negeri termasuklah hutang air kepada Syabas.
Sebagai
contoh, baru-baru ini PNSB yang tidak punyai apa-apa hutang lain terpaksa
membuat pinjaman segera dikatakan bagi membayar kepada Talam bagi pihak kerajaan negeri atau MBI dan akibatnya PNSB menanggung hutang baru.
Apabila
PNSB mula tertekan untuk membayar hutang pinjaman baru, maka asetnya terpaksa dicairkan
dan ini dapat dilihat dalam penyenaraian iklan atau tender menjual asetnya di
Bukit Cherakah, mukim Ijok seluas 199.28 ekar (gambar).
Benar,
Khalid berjaya melakukan “corporate exercise” tetapi amalannya sebagai
pentadbir kerajaan negeri dalam melakukan “corporate exercise” sedemikian
adalah satu tindakan tidak bermoral demi menjaga satu syarikat bernama Talam
serta janji-janjinya terhadap pemberian air percuma.
Persoalannya,
Rafizi Ramli yang begitu beriya-iya mahukan urusniaga yang bersih terhadap
kerajaan pimpinan BN boleh “membutakan matanya” terhadap kerajaan pimpinan
pakatan yang beliau sendiri mahiri sewaktu menjadi CEO pejabat penasihat
ekonomi negeri.
Skandal “Talam-gate”
bukannya satu-satu skandal yang melibatkan kepentingan rakyat negeri Selangor
wajar disiasat oleh Rafizi sendiri bahkan urusniaga PKNS serta Yayasan Selangor
perlu juga dirungkai.
PKNS yang
terpaksa mencairkan asetnya dalam bentuk pajakan mahu pun gadaian semata-mata
bagi memperolehi kecairan yang banyak secara tidak langsung memperjudikan aset
berkepentingan tinggi seperti bangunan PKNS serta SACC itu.
Bahkan,
tanah kepunyaan Yayasan Selangor yang mula dijual seperti tanah asrama Yayasan
Selangor di Kampung Pandan, bangunan PKNS di Bukit Bintang dan menamatkan
secara paksa kontrak pajakan tanah kepada dua buah syarikat di Pulau Carey (klik
sini dan sini) demi diberikan kepada sbuah syarikat yang juga dipertikaikan
kredibilitinya adalah suatu yang lebih teruk dari urusniaga Bakti Wira Sdn Bhd.
Rafizi juga
perlu jelaskan kepada rakyat negeri Selangor apa perkembangan projek
pembersihan Sungai Klang yang dianggarkan bernilai RM50 billion dan telah
dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor beberapa tahun lalu?
Baginda
Sultan sanggup mencemarkan duli untuk merasmikan sebuah projek “palsu” dan ini
secara tidak langsung mencemarkan nama baik Tuanku.
Adakah Rafizi Ramli lupa
bahawa beliau adalah bekas CEO pejabat penasihat ekonomi negeri yang dibayar
berpuluh ribu ringgit tapi hanya mampu mengorek kononnya kepincangan urusniaga
melibatkan kepentingan kerajaan BN?
Di sebalik dividen yang tinggi diberi kepada pemegang saham LTAT bagi tiga tahun berturut-turut (2010, 2011 dan 2012) dan lebih tinggi dari mana-mana saham pelaburan yang lain, mungkin Rafizi boleh terus membuat laporan SPRM jika diyakini punyai bukti kukuh salah guna kuasa oleh Zahid Hamidi atas suruhan Najib Razak dari hanya membuat sidang media murahan.