Blog Archive

Friday, January 4, 2013

RAFIZI RAMLI WAJIB JAWAB PERBEZAAN KEPUTUSAN KOMERSIL BOUSTEAD INI BERBANDING KERAJAAN NEGERI BERHUBUNG TALAM

Boustead Holdings Berhad (BHB) menyifatkan keputusan mereka untuk mengambil alih Astacanggih Sdn Bhd serta memiliki 200 ekar tanah Awan Megah Sdn Bhd sebagai satu keputusan komersil (commercial decision).


petikan dari The Malaysian Insider (klik sini)

Adakah keputusan komersil ini dilihat lebih kredibel berbanding keputusan komersil yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor dalam pengambil-alihan hutang Talam?

Perbandingan Keputusan Komersil BHB dan Kerajaan Negeri Selangor

Rafizi Ramli, selaku pengarah strategi PKR wajar membuat perbandingan langsung kedua-dua keputusan korporat (kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar Incorporated atau MBI dan BHB) tersebut.

Menggabungkan tanah 200 ekar dengan 283.20 hektar milikan asal BHB untuk 'boosting land value' adalah suatu keputusan komersil yang tepat bagi jangka masa panjang atau pengambil-alihan tanah seluas 134.34 ekar dengan harga RM43.3 juta oleh kerajaan negeri Selangor terhadap Talam lebih bersifat komersil?

Tanah di Bukit Raja Klang merupakan satu kawasan yang sangat produktif dengan peningkatan penambahan penduduk dan adalah satu kawasan komersil yang bernilai tinggi.


Tanah di plot A, B, C dan D adalah tanah 2/3 keluasannya dilitupi air

Manakala 134.34 ekar tanah Talam yang dipersetujui untuk diambil alih oleh negeri Selangor merupakan kawasan paya dengan 2/3 tanah tersebut dilitupi air dengan kedalaman mencecah sehingga 80-100 kaki.

Harga tanah di sekeliling Bukit Raja pula memang dinilaikan tinggi mengikut pasaran semasa manakala tanah di Danau Putra kepunyaan Talam dinilaikan oleh jurunilai bank sewaktu hendak dilelong sekitar RM15 juta iaitu kira-kira RM5.20 satu kaki persegi.

Keputusan untuk mengambil alih tanah 200 ekar dengan harga RM130 juta oleh BHB merupakan satu nilai yang berpatutan atau keputusan mengambil hutang Talam dengan nilai RM43.3 juta untuk 134.4 ekar tanah tersebut (menjadikan ia jatuh RM15 kaki persegi) sebagai satu keputusan komersil yang tepat oleh kerajaan Negeri Selangor?

Rafizi WAJIB Jawab

Sebagaimana saya pernah nyatakan dalam posting terdahulu, Rafizi Ramli bukan sahaja memegang jawatan pengarah strategi PKR bahkan beliau pernah menduduki kerusi CEO pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor dengan gaji yang dibayar melalui cukai rakyat negeri Selangor.

Maka itu, beliau WAJIB menjawab pertanyaan pendapat mengenai PERBEZAAN KEPUTUSAN KOMERSIL BHB DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERHUBUNG TALAM ini jika benar beliau prihatin dengan kepincangan pentadbiran kerajaan bukan sahaja BN tetapi dalam pakatan sendiri. 

No comments:

Post a Comment