Blog Archive

Tuesday, January 8, 2013

ZAHID HAMIDI IKUT JEJAK LANGKAH FELDA BAKAL SAMAN PENFITNAH BELIAU DAN KEMENTERIANNYA

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengikut jejak langkah FELDA bakal menyaman pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah ke atas dirinya, kementeriannya (Kementah) dan pihak-pihak lain termasuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) dalam kes yang dikaitkan dengan Deepak serta Raja Ropiaah.

Dalam kenyataan beliau yang dimuatkan dalam The Malaysian Insider (klik sini) menyatakan sekali lagi bahawa urusan pengambil alihan Astanacanggih dan 200 ekar milikan Awan Megah adalah 100% keputusan korporat Boustead Holdings Berhad dan tiada kena mengena dengan dirinya atau kementeriannya.

Tuduhan oleh Rafizi Ramli, pengarah strategik PKR yang melabelkan urusniaga tersebut sebagai "rasuah" bagi menutup mulut Deepak tidak boleh diterima langsung oleh Zahid justeru, mengambil inisiatif menyaman pihak-pihak berkaitan adalah tindakan yang paling tepat.


TMI
Sebelum ini, sebuah portal berita iaitu www.kritis-online.com telah menyiarkan dividen tinggi yang diberi kepada ahli-ahli LTAT semenjak tahun 2010, 2011 dan 2012 justeru menolak secara langsung bahawa LTAT menghadapi masalah kewangan termasuk pelaburan baru yang dibuat oleh Boustead (klik sini).

KERABAT, sebuah pertubuhan NGO bekas-bekas tentera yang dibantu oleh pakatan pembangkang mengugut untuk mengadakan demonstrasi di hadapan LTAT justeru dilihat satu lagi usaha menyemarakkan kemarahan anggota tentera yang bersiap sedia menggunapakai kaedah "Lautan Biru" atau "Blue Ocean" dalam menjalankan tugas bersama anggota PDRM tahun ini.

Usaha KERABAT ini dilihat oleh pemerhati politik sebagai usaha menentang tentera menggunakan (bekas) tentera atas inisiatif pembangkang sendiri.

Kekecohan demi kekecohan akan dibuat menuju KL112 dan ia dijangka berlanjutan hinggalah PRU13.


klik sini

Sebelum ini, saya turut mempersoalkan ke manakah perginya pemimpin BN dalam menjalankan kewajiban mereka mempertahankan integriti masing-masing (klik sini) ? Nampaknya, Zahid Hamidi tidak mengecewakan saya!



No comments:

Post a Comment