Blog Archive

Sunday, August 12, 2012

BILA TUHAN BAYAR TUNAI DOSA PENIPUAN & JANJI PALSU PAKATAN

Saturday, 11 August 2012 23:07


Oleh: GreenHood

Minggu ini isu terhangat diperkatakan adalah UNISEL.

Sebuah universiti di bawah kerajaan negeri Selangor.

UNISEL menghadapi beban kewangan peringkat kronik dalam sejarah penubuhannya. Mahasiswa dipaksa pulang kerana terhimpit masalah kewangan pentadbiran yang tidak mampu mengurus penempatan pelajar.

Lebih dari itu, UNISEL sendiri gagal mendapat pembelaan kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini satu debat hangat berlangsung di antara pengerusi strategi PKR, saudara Rafizi Ramli dengan pengerusi Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin berlangsung di Wisma Karangkraf, Shah Alam.

Topik debat sekitar pendidikan percuma idea pakatan pembangkang tertulis dalam 'kitab' jingganya.


Rafizi galak menghambat KJ mendakwa kerajaan pusat wajar memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia.

Punca kewangan bagi pendidikan percuma mudah diperolehi dari ketirisan hasil pentadbiran kerajaan BN yang 'amat diyakini' oleh Rafizi tidak akan berlaku jika pakatan memerintah.

Namun, sebelum semboyan PRU13 bergema apa yang dibanggakan oleh Rafizi dibayar secara 'cash' oleh Tuhan yang Maha mengetahui perkara yang tidak mungkin diketahui oleh mana-mana makhluk lebih-lebih lagi tentang 'masa hadapan'.

Sebelum UNISEL, KUIN terlebih dahulu menghadapi beban kewangan hingga memaksa kerajaan negeri merelakan peningkatan yuran pengajian oleh pentadbiran KUIN.



Apabila YB Khaleed Nordin mencadangkan agar pembiayaan PTPTN dibekukan bagi penuntut UNISEL, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim muncul mahu menjadi wira dengan bersedia 'kononnya' membantu pelajar UNISEL yang teraniaya.

Kerajaan negeri digambarkan sedia untuk mengapungkan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar bagi mendapatkan sejumlah wang segera bernilai kira-kira RM30 juta sahaja.

Ujar Khalid Ibrahim, nilai RM30 juta ini boleh digunakan demi merealisasikan teori 'pendidikan percuma' ala pakatan. Sekurang-kurangnya sebagai satu ad hoc basis sebelum satu 'blue-print' menyeluruh dikeluarkan oleh 'team pakatan' yang membawa idea 'pendidikan percuma' ini.

Kita bolehlah menilai sekarang sama ada benar 'pendidikan percuma' manifestasi pakatan merupakan satu yang 'genuine' atau hanya 'janji pilihanraya'.



Oh ya! Jangan biarkan Khalid Ibrahim mengapungkan aset UNISEL.

Khalid sendiri punyai beban politik dalam menjustifikasikan pelan 'selamatkan Talam'. Beliau masih berhutang 'kertas putih' untuk dinilai oleh rakyat.

Jika Khalid apungkan aset UNISEL, apa lagi yang tinggal pada UNISEL?
Hidup segan mati tak mahu!

Last Updated on Saturday, 11 August 2012 23:49

No comments:

Post a Comment