Blog Archive

Monday, October 24, 2011

Sabtu, 22hb Okt adalah "Hari Pembangkang Tertipu!"



Sun Tzu, pakar perang Cina telah menggariskan dalam Perkara 18, Bab 4 - "Tactical Dispositions" dalam buku tektikal peperangannya yang termasyhur, "The Art of War" seperti yang berikut :-

"Measurement owes its existence to Earth; Estimation of quantity to Measurement; Calculation to Estimation of quantity; Balancing of chances to Calculation; and Victory to Balancing of chances."

John Watson telah menterjemah serta menghuraikan di dalam Sun Tzu's Art of War perkara 18, bab 4 tersebut seperti yang berikut :-

"It is not easy to distinguish the four terms very clearly in the Chinese. The first seems to be surveying and measurement of the ground, which enable us to form an estimate of the enemy's strength, and to make calculations based on the data thus obtained; we are thus led to a general weighing-up, or comparison of the enemy's chances with our own; if the latter turn the scale, then victory ensues. The chief difficulty lies in third term, which in the Chinese some commentators take as a calculation of NUMBERS, thereby making it nearly synonymous with the second term. Perhaps the second term should be thought of as a consideration of the enemy's general position or condition, while the third term is the estimate of his numerical strength. On the other hand, Tu Mu says: "The question of relative strength having been settled, we can bring the varied resources of cunning into play." Ho Shih seconds this interpretation, but weakens it. However, it points to the third term as being a calculation of numbers."
 ***

Tanggal 22hb Oktober 2011 bersamaan hari Sabtu yang lalu, kelihatan seolah-olah rakyat Selangor menyambut hari hujung minggu seperti hari-hari Sabtu yang biasa mereka lalui sebelum-sebelum ini.

Namun, beberapa peristiwa penting yang berlaku menjadi petanda bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 sudah begitu hampir sekali.

Walau pun laman-laman portal, blogs mahu pun media sosial yang berhaluan pembangkang memberi perhatian sepenuhnya kepada satu peristiwa sahaja  iaitu HIMPUN, yang berlangsung di Stadium Shah Alam, dan sudah pastinya tajuk berita yang digambarkan adalah kehadiran peserta yang kurang dari 10,000 sebagai berita utama menunjukkan kegagalan penganjurnya yang dikatakan didalangi oleh kerajaan BN, namun sebenarnya himpunan-himpunan berlaku bukan sekadar di Stadium Shah Alam.


Sama ada portal, blogs mahu pun media sosial pro-pembangkang terlupa atau sengaja tidak mahu melaporkannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Timbalan Presiden UMNO serta Timbalan Pengerusi BN sebenarnya telah melakukan ground-work dengan membuat pusingan bertemu rakyat di selatan Selangor terutamanya Kuala Langat, Dengkil, Serdang dan Sungai Pelek.


Dalam program yang dinamakan "Program Nurani Rakyat" serta "Majlis Penerangan Perdana" itu, Muhyiddin telah bertemu hampir 20,000 rakyat Selangor di kawasan-kawasan yang berbeza sementara pembangkang hanya menumpukan perhatian mereka kepada situasi yang berlaku kepada kurang dari 10,000 umat di Stadium Shah Alam.

Dalam satu tindakan political deception yang dilakukan oleh BN bagi mengalihkan pandangan pembangkang, adakah media-media pro-pembangkang mahu melaporkan ini?


SAYA RASA TIDAK !




No comments:

Post a Comment