Blog Archive

Monday, December 3, 2012

#JHEVBANTUVETERAN : VETERAN ATM DIBANTU JHEV



PASIR MAS 14 Julai - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah membelanjakan sebanyak RM31.317 juta sejak 10 tahun lalu untuk membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi beberapa skim yang disediakan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, ini menunjukkan sikap prihatin kerajaan dalam memastikan nasib golongan terlibat sentiasa terbela.

Berdasarkan statistik perbelanjaan skim kebajikan yang disediakan, katanya, ia sentiasa meningkat dari setahun ke setahun dan membuktikan golongan terbabit tidak pernah terlepas pandang oleh kerajaan...

"Pada 2011 sebanyak RM6.526 juta bantuan dibelanjakan membabitkan semua skim kebajikan yang disediakan berbanding 2010 sebanyak RM5.213 juta.

"JHEV menyediakan lima skim bantuan iaitu bantuan sara hidup, peralatan pesakit, persekolahan, institusi pengajian tinggi awam dam bencana alam," katanya pada majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Sumbangan Kebajikan JHEV kepada veteran ATM Negeri Kelantan di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah JHEV, Mohd. Fauzi Eshak dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Seramai 22 orang menerima PJM dan 21 lagi menerima bantuan skim kebajikan pada majlis tersebut.


Abdul Latif berkata, PJM diberi kepada mereka yang pernah berkhidmat mulai 1 Januari 1969 sehingga Disember 1989.

"Pingat ini adalah sebagai penghargaan tertinggi kerajaan bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan negara," katanya. - UTUSANONLINE

Sunday, November 25, 2012

Archive #85 : Nurul Izzah, Utusan, JAIS, Jenayah Murtad & Politik PRU13




Oleh: GreenHood

Tetap menjadi topik kegemaran saya adalah kes Nurul Izzah dan kenyataan ke arah “Melayu boleh memilih agamanya sendiri selain Islam”.

Terbaru, Nurul Izzah mengotakan janjinya untuk menyaman sesiapa yang beliau fikirkan telah menfitnah dirinya.

Utusan Malaysia disaman

Dalam hal ini, Utusan Malaysia menjadi sasaran beliau. 

Satu saman telah dimasukkan selain permohonan injunksi menghalang Utusan dari terus terusan menerbitkan artikel ke atas dirinya dalam hal kenyataan kontroversi beliau di sebuah forum di dewan gereja Full Gospel Tabernacle, Subang.

Saya percaya antara hujah yang bakal dikemukakan adalah ayat-ayat yang menyentuh  soal akidah dan kepercayaan beliau sebagai seorang muslim.

Demikian itu beliau percaya bahawa persoalan akidah dirinya tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak termasuk Utusan walaupun Utusan hanya menerbitkan berita berdasarkan berita yang diambil dari pihak kedua (lanjutan atau kupasan ada di pautan www.agendadaily.com/DENGAR-CERITA/konflik-agama-dap-menangguk-di-air-keruh.html)

Dalam konteks ini, siapakah yang boleh menyentuh soal akidah beliau?

Peranan JAIS

Jawapannya hanya satu, JAIS!

Beliau pernah dilaporkan telah dipanggil oleh pihak JAIS bagi memberi keterangan terhadap isu di atas.

Kemudian, tiada berita lanjut.

Tiada tindakan saman mahupun pertuduhan dikenakan ke atas dirinya oleh JAIS walaupun ada undang-undang berkaitan kesalahan akidah (seksyen 4-8 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 serta seksyen 9-16 enakmen yang sama berkaitan mempersendakan kesucian agama Islam dan institusinya).

Kekurangan dalam undang-undang berkenaan murtad amat ketara di negeri Selangor.
Tiada peruntukan yang jelas, namun andainya ada, maka peruntukan seksyen 46-52 enakmen tersebut berkenaan penyubahatan dan percubaan (kepada murtad) boleh dipakai.

Contohnya, jika di negeri Melaka, terdapat peruntukan yang jelas tentang kesalahan murtad dan penyubahat kepada murtad seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Hasan (pautan http://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/06/isu-undg-jnyh-msia.pdf):

“Seksyen 66(1) Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991 menyatakan bahawa apabila seseorang Islam dengan sengaja mengaku hendak keluar dari Agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam, Mahkamah boleh memerintahkan orang itu supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum syarak. Jika seseorang telah bertaubat, maka taubatnya itu mestilah disahkan di Mahkamah dan kemudian barulah dia boleh dibebaskan. Jika pula seseorang itu bertaubat semasa dalam tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah melaporkan perkara itu kepada mahkamah dan taubatnya juga perlu disahkan oleh Mahkamah. Seksyen  6 (1) pula memperuntukkan seseorang yang bersyubahat dibawah seksyen 66  adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-dua nya sekali”

Justeru, kegagalan JAIS mengambil tindakan dan mengenakan sebarang pertuduhan ke atas Nurul Izzah akan menjadikan Utusan sebagai pihak yang bakal didapati bersalah oleh mahkamah sivil, pada pandangan peribadi saya (namun diakui terdapat banyak lagi ruang lompong yang memungkinkan Utusan memenangi kes ini, sekiranya menggunakan khidmat peguam yang benar-benar mahir).

Melainkan ada pertuduhan ke atas Nurul Izzah, maka keputusan mahkamah sivil itu kelak bakal tertangguh sementara menantikan keputusan dari mahkamah syariah.

Persoalannya; adakah JAIS akan mengambil sebarang tindakan susulan iaitu pertuduhan ke atas Nurul Izzah?

Mana peranan exco agama Islam dan barisan ADUN muslim kerajaan negeri Selangor?

Berkenaan jenayah murtad yang saya usik sedikit di atas, amat jelas kekurangannya dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 itu.

Telah sekian lama menjadi polemik kepada PAS, namun kesempatan PAS bersama sekutunya yang membentuk kerajaan negeri Selangor amat dimusykili.

Adalah suatu yang malang, apabila peruntukan mengenai jenayah murtad tidak mendapat tempat di sisi exco berkaitan agama Islam di negeri Selagor sedangkan beliau boleh mengusulkan untuk melakukan sebarang pindaan ke atas peruntukan yang kurang dalam enakmen berkaitan.

Apatah lagi bilamana exco tersebut adalah menteri besarnya sendiri.

Atau mungkin lebih mudah bagi beliau (exco / menteri besar) serta rakan sekutunya termasuk PAS menuding jari dan meletakkan seluruh kesalahan itu (enakmen jenayah syariah yang longgar) kepada kerajaan negeri terdahulu serta kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN demi agenda politik?

Monday, November 19, 2012

Archive #84 : Siapa Untung Dalam Kes "Melayu Bebas Memilih Agama" ?




Oleh: GreenHood

Kelmarin, sewaktu berada di Kuantan, Pahang saya berkesempatan bertemu dengan seorang ‘mentee’ yang pernah saya ajar tentang penulisan.

Beliau bertanyakan saya, apakah hasrat yang cuba saya sampaikan dalam artikel terakhir saya bertajuk  “Nurul Izzah & Permainan ‘Half-Turth Murtad’”.

Berbagai telahan beliau lakukan, namun semuanya tersasar. Justeru, saya beranggapan bahawa ramai pembaca saya turut tersasar dalam cubaan memahami tulisan saya tersebut.

Beginilah. Jujur saya katakan bahawa ramai penulis pro-BN membuat musuh apabila menyerang Nurul Izzah dan gerakan kristianisasi.

Justeru, BN semakin dimusuhi oleh kumpulan bukan Muslim terutamanya kumpulan gereja. Untuk Pengetahun, Nurul Izzah mahupun Anwar Ibrahim sememangnya mahukan ini!

Bagi mereka, untuk memenangi PRU13 nanti mereka memerlukan sebanyak mungkin undi dari kumpulan minoriti. Bukan mereka tidak perlukan undi Melayu, tetapi mungkin bagi mereka undi Melayu yang mereka perolehi dari kumpulan mereka sahaja sudah memadai dan statik.

Benar, undi Melayu kini telah berpecah-belah. Bagi penyokong tegar UMNO/BN, undi mereka tetap kepada BN. Manakala penyokong tegar PAS tetap akan mengundi pakatan.

Jadi, undi siapakah yang disasarkan oleh Nurul Izzah dan Anwar?

Kalau ditanya kepada saya, maka jawapan saya adalah kumpulan-kumpulan minoriti seperti pengamal LGBT, aktivis alam sekitar, golongan cendikiawan yang percaya kepada ‘total democracy’ tajaan barat dan berbagai lagi termasuklah kumpulan gereja.

Menyerang kumpulan gereja seperti yang dilakukan oleh ramai penulis pro-BN hanya akan menyebabkan kumpulan gereja membenci BN seterusnya membuang undi kepada pakatan.
Inilah permainan yang dimainkan oleh Nurul Izzah dan Anwar serta dipejam dan ditulikan oleh rakan mereka, PAS. Semuanya politik semata.

Sebab itu, kerja kotor seperti menjanjikan perkara  yang palsu kepada kumpulan gereja adalah tugas Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim. Mereka tidak akan rasa bersalah walau menjanjikan bulan dan bintang dan dalam konteks ini, kebebasan memilih agama termasuklah bagi kaum Melayu.
Matlamat mereka hanyalah tindakan populis yang boleh memberikan kemenangan dalam PRU13 nanti.

Sepatutnya, kumpulan gerejalah yang wajar memarahi Nurul Izzah kerana berani menjanjikan perkara yang tidak mungkin terjadi. Bukankah telah saya katakan, “half-truth is a total lie”.


Masakan perlembagaan yang menyentuh hal Melayu-Islam akan diubah sekiranya pakatan menang kerana PAS (selepas menang) akan mempertahankannya selain UMNO serta majoriti kaum Melayu-Islam serta Institusi Raja-Raja.


PAS pula berperanan menahan serangan bertali-arus ke atas rakan mereka, PKR terutamanya Nurul Izzah dan bapanya Anwar Ibrahim.

Ini jelas, dengan bukti yang ada di depan mata kita.

Sungguh pelik melihat adegan solat hajat dan doakan kebinasaan UMNO-BN sedangkan yang melakukan pembohongan dengan menggalakkan pemikiran Melayu-Islam ke arah murtad datangnya dari rakan pakatan mereka sendiri. Begitu juga yang mengeluarkan kenyataan menyokong Israel dalam mempertahankan negara mereka, datangnya dari Anwar sendiri.

Tidakkah anda semua geli hati melihat lakonan yang dimainkan oleh PAS serta rakan sejawat mereka Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim?

Tetapi, lebih geli hati saya memikirkan strategi salah para penulis pro-BN yang menyerang membabi-buta kumpulan gereja dan akhirnya merugikan BN itu sendiri.