Blog Archive

Monday, June 6, 2011

Archive #010

Tuan Ibrahim Dipaksa Bertanding Jawatan Nombor 2? PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Wednesday, 25 May 2011 23:31
Oleh: GreenHood

Saya sentiasa beranggapan bahawa Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah "Mahathir" di dalam PAS. Pada usia yang agak lanjut, jika saya menjadi Nik Aziz, saya tidak perlu berebut-rebut untuk bertanding bagi memegang kuasa asal sahaja saya tahu bagaimana untuk mengekalkan 'suara' agar terus didengari.
Uniknya PAS adalah bagaimana mereka menerapkan sistem 'kepimpinan ulamak' yakni kepimpinan yang tidak boleh dicabar sewenang-wenangnya walaupun atas nama demokrasi. Mentarbiyah ahli-ahlinya dengan pemikiran bahawa "ulamak itu adalah pewaris nabi maka ia tidak boleh di engkari" membuatkan ahli-ahlinya menutup ruang hati membicarakan secara terbuka kepincangan pemimpin-pemimpinnya - apatah lagi membicarakannya kepada pihak di luar parti.
Muktamar Tahunan PAS bagi Tahun 2011 ini bakal menyaksikan pertarungan yang dikatakan sengit bagi jawatan nombor dua. Angin sepoi yang meniup berita bahawa pertandingan kerusi nombor dua itu melibatkan dua pihak sahaja kini bertukar menjadi ribut ganas bilamana Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man mengesahkan untuk turut serta dalam perebutan jawatan kedua tertinggi itu.


Teka-teki perpecahan undi bakal berlaku terutama dari kelompok ulamak hangat diperkatakan. Sesetengah pihak mengandaikan bahawa kehadiran Tuan Ibrahim dalam perlumbaan jawatan kedua tertinggi timbul kerana kekhuatiran Nasharuddin Mat Isa tidak mampu mempertahankan golongan ulamak menjadi pemimpin kedua tertinggi bilamana Mat Sabu memperolehi pencalonan terbanyak. Namun bagi saya jika kesatuan hati golongan ulamak dapat dilakukan adalah mustahil Mat Sabu akan menang walaupun menerima pencalonan tertinggi atas faktor ahli-ahlinya yang sudah ditarbiyah bagi mengikuti apa yang telah diamanatkan oleh kepimpinan utamanya yakni ulamak. Dalam konteks ini, jika golongan ulamak mahukan Nasharuddin mengekalkan jawatannya, sudah pasti beliau akan disokong sepenuhnya oleh para ulamak. Siapakah ulamak tertinggi? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah Mursyidul Am - Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Perselisihan besar antara Mursyidul Am dan Timbalan Presiden PAS itu bukanlah suatu yang rahsia lagi. Kelancangan Nasharuddin dalam membuat perhitungan dengan membelakangkan Dewan Ulamak PAS amat-amat dikesali oleh Nik Aziz. "Rundingan Perpaduan" walaupun kononnya mendapat restu dari Presiden PAS, Dato' Seri Haji Hadi Awang melukakan hati Nik Aziz hinggakan Mursyidul Am itu menganggap Nasharuddin sebagai 'sampah yang menduduki Bachok' suatu ketika dahulu. Walaupun isu tersebut dianggap telah selesai, namun mengenali hati keras Nik Aziz tidak mungkin peristiwa hitam itu akan lupus begitu sahaja dalam sanubarinya. Setidak-tidaknya ia meninggalkan parut yang sekali-sekala berdarah terutama apabila Barisan Nasional memainkan isu 'perpaduan' dalam siri-siri kempennya menjelang pilihanraya umum ke-13.
Haji Hadi Awang mungkin terselamat kerana sudah menjadi tradisi PAS tidak akan melanggar kepimpinan nombor satunya melainkan berakibatkan kematian, atau sahaja jika beliau meletakkan jawatan. Peri pentingnya mengekalkan Hadi Awang duduk sebagai 'orang nombor satu' juga adalah berlandaskan faktor bahawa perlunya menjaga kestabilan parti menjelang pilihanraya umum ke-13. Namun, meletakkan Hadi Awang duduk bergandingan Nasharuddin adalah suatu yang tidak menguntungkan Nik Aziz kerana Nasharuddin seringkali dilihat berupaya 'memujuk Presiden PAS itu melawan arus yang dicipta oleh Mursyidul Am'. Memisahkan Hadi Awang dari Nasharuddin adalah percaturan terbaik bagi mengekalkan 'suara Mursyidul Am' dalam kepimpinan PAS.


Jadi, jika anda amati baik-baik, Tuan Ibrahim bin Tuan Man sebagai saudara yang mempunyai talian kekeluargaan dengan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah calon yang terbaik bukan sahaja untuk mengekalkan kepimpinan ulamak di dalam PAS bahkan calon terbaik bagi menjaga SUARA MURSYIDUL AM agar terus dihormati dan digeruni dari suara Presiden parti itu sendiri. Bukankah awalan tadi telah saya katakan bahawa Nik Aziz adalah "Mahathir" di dalam PAS?
Persoalannya, Adakah Tuan Ibrahim sekadar mencuba "market"-nya ataupun sebenarnya dia dipaksa untuk bertanding jawatan nombor dua itu? Anda jawab!

Wednesday, May 11, 2011

http://kritis-online.com article #5

Kenaikkan 20 sen sekilo - ada apa dengan Raja Gula? PDF Print E-mail
Written by cintaquraina@gmail.com   
Wednesday, 11 May 2011 16:54

Seorang usahawan tersenarai dalam 40 yang paling kaya di Malaysia dengan nilai harta melebihi USD12 billion. Industri utama yang diceburinya adalah "gula" serta memonopoli industri tersebut di negara ini. Desas-desus yang bertiup kencang adalah peralihan sokongan beliau terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang teraju utama negara menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pengeluaran serta aliran tunai pelaburan beliau di Malaysia ke luar negara terutamanya Hong Kong secara skala besar-besaran memberikan impak yang negatif kepada ekonomi Malaysia beberapa tahun yang lalu.

Seorang yang dikatakan antara yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir sewaktu mantan Perdana Menteri itu memegang teraju utama negara memeningkan bukan sahaja penganalisis ekonomi bahkan pemerhati politik. Dalam dunia perniagaan, Raja Gula itu secara tidak langsung menjadi individu yang berpengaruh terutama dalam komuniti bangsanya.

Kenaikkan 20 sen bagi setiap kilogram gula yang diumumkan kelmarin oleh kementerian yang berkaitan sememangnya menjadi isu yang kecil dalam bentuk kualiti topik perbualan, tetapi kuantiti yang berkata mengenainya (kenaikkan harga) terutamanya rakyat kelas pertengahan dan bawah terlalu besar. Jika diambil skala hingga 10, hampir 7-8 orang akan bercerita mengenai kenaikkan harga gula.

Jika menggunakan alasan kenaikkan harga komoditi dunia sebagai penghalal kepada kenaikkan harga gula, kita pasti akan tertanya kenapa komoditi yang dimonopoli oleh hanya seorang usahawan Malaysia ini perlu berulang-kali meningkatkan harganya dalam masa tidak sampai 18 bulan? Apakah tiada toleransi di antara kerajaan sedia ada dengan tokoh usahawan terkemuka ini? Atau ada sesuatu di sebaliknya? Meningkatkan harga gula bermakna mengurangkan subsidi kerajaan kepada barang terkawal tersebut. Ia adalah perbuatan menarik balik keistimewaan rakyat dalam berbelanja dengan meletakkan beban perbelanjaan itu kembali kepada rakyat.

Ada apa sebenarnya di antara kerajaan BN - gula - Raja Gula? Adakah ia berkait rapat dengan PRU 13 yang kini semakin terasa bahangnya?

email diterima dari:

Saturday, April 23, 2011

lucu!

Beberapa komen saya terima dari rakan. Tanya-nya "blogger jenis apakah saya ini?".

Jawap saya: "Saya bukan blogger. Ini adalah personal-ledger saya terbuka untuk dibaca".

:)