Blog Archive

Tuesday, March 13, 2012

@anwaribrahim dan seks; @NajibRazak kena tahu ini... (archive #66)

@anwaribrahim dan seks; @NajibRazak kena tahu ini... PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Friday, 09 March 2012 10:38

Oleh: GreenHood

“What doesn’t kill you makes your stronger, stand a little taller...”, kata Kelly Clarkson dalam lagu terbarunya.

Saya harus bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya. Sewajarnya orang UMNO khususnya dan penyokong BN amnya sedar bahawa ini boleh teraplikasi dalam kehidupan harian. Lebih khusus... dalam politik harian.

Mari ambil contoh isu politik semasa.

Berapa kali Anwar Ibrahim dikaitkan dengan salah laku moral... SEKS!

Anwar Ibrahim pertama kali dilibatkan dengan salah laku seks pada tahun 1998. Sewaktu itu zaman Mahathir menjadi perdana menteri. Akhirnya Anwar sangkut dan dipenjarakan. Tapi bukan atas kesalahan seks. Beliau dipenjarakan kerana salah guna kuasa. Tidak kiralah kalau pun dalam penghakiman ada menyebut bahawa mahkamah mempercayai perlakuan seks songsang berlaku atau tidak. Turut dikaitkan dengan Anwar pada masa tersebut adalah seorang wanita bernama Norlaila. Yang mendakwa dirinya bersetubuh dengan Anwar dan membuat pengakuan ke pejabat agama Islam yang berkaitan.

Lucunya, hingga kini tiada pertuduhan dikenakan ke atas Anwar bersangkut paut dengan dakwaan Norlaila.

Selepas bebas dari penjara, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan salah laku seks dikenali sebagai kes ‘liwat II’. Belum pun selesai penghakiman, beliau disensasikan dengan kes ‘china doll’. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Media perdana mahu pun maya mensensasikan isu-isu seks Anwar melebihi keputusan mahkamah. Kalau pun end game kes ‘trio Datuk T’ menyebut dalam penghakimannya bahawa terdapat bukti jelas bahawa 99.9% pelaku seks dalam video tersebut adalah Anwar, yang menjadi pertikaian umum adalah mengapa Anwar tidak disabitkan bersalah. Yang bersalah adalah ‘trio Datuk T’ dan mereka yang terlibat dihukum membayar denda.

Menjelang ‘901’, Anwar terbukti kebal dari tuduhan seks yang dikenakan ke atasnya. Empat percubaan semenjak 1998 hingga 2012 - terbukti tiada satu pun kes yang mensabitkan beliau bersalah.
Apa yang berjaya hanyalah pembentukan persepsi. Persepsi bahawa Anwar adalah seorang ‘kaki seks’. Selain dari itu... nothing !

Anwar dengan senang hati bergerak ke sana ke mari. Malah mengelilingi dunia memberitahu bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik pihak yang menentangnya. Semua pertuduhan seks yang dikenakan ke atasnya sama ada melalui pertuduhan rasmi iaitu mahkamah atau kata nista berbentuk cacian dan makian, semuanya hanyalah untuk menjatuhkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.
Anwar bangkit dengan membawa harapan rakyat. Kononnya memperjuangkan hak rakyat yang selama ini ditindas oleh kerajaan sedia ada. Kerajaan yang tidak pernah berubah semenjak kemerdekaan. Produk yang cuba ‘dijual’ oleh Anwar bukannya salah laku seks kepimpinan utama kerajaan. Bukan salah laku seks menteri-menteri kabinet kerajaan persekutuan. Sebaliknya produk yang ‘dijual’ oleh Anwar adalah rasuah, korupsi, kronisme, nepotisme dan berbagai lagi yang menyentuh secara langsung akan kepentingan rakyat.

Sekali lagi ingin saya katakan di sini... bahawa UMNO khususnya dan BN amnya mesti sedar. Apa produk yang cuba dibawa oleh Anwar mesti ditentang dengan produk yang lebih baik.

Dalam banyak perkara, hanya produk ‘reformasi’ yang dibawa oleh Anwar berjaya dilawan oleh produk ‘transformasi’ Najib. Produk ‘transformasi’ idea Najib mula menapak di hati rakyat. Begitu juga dengan produk ‘1Malaysia’. Ia dilihat lebih menarik dari slogan ‘negara berkebajikan’ dan teori ‘buku jingga’.

Selebihnya, produk ‘seks’ yang dijual oleh UMNO-BN bukan sahaja tidak dapat membunuh Anwar bahkan menguatkan lagi diri Anwar dan pakatan pembangkang
Last Updated on Friday, 09 March 2012 10:49
 
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.

Wednesday, March 7, 2012

yesterDay !


Yesterday, all my troubles seemed so far away.
Now it looks as though they're here to stay.
Oh, I believe in yesterday.

Suddenly,

I'm not half the man I used to be,
There's a shadow hanging over me,
Oh, yesterday came suddenly.


Why she had to go

I don't know she wouldn't say.
I said something wrong,
Now I long for yesterday.

Yesterday, love was such an easy game to play.

Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.

Why'd she had to go

I don't know she wouldn't say.
I said something wrong,
Now I long for yesterday.

Yesterday, love was such an easy game to play.

Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.
Mm mm mm mm mm mm mm.

Tuesday, March 6, 2012

Krisis Kedah... deadlock... status quo! (archive #65)

Krisis Kedah... deadlock... status quo! PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Monday, 05 March 2012 12:39

Oleh: GreenHood

Deadlock... status quo!

Itulah gambaran yang menjelma dalam kotak fikiran saya. Krisis politik Kedah bakal kembali ke sifat asalnya. Tiada penyelesaian melainkan kembali ke takuk lama. Ini bermakna Phahrolrazi tetap menjadi exco terakhir kerajaan negeri Kedah dalam melengkapkan barisan eksekutif pimpinan negeri jelapang padi itu. Phahrolrazi bakal memperbaharui sumpahnya selaku exco menjelang 7 Mac ini.

Tiada pembubaran dewan undangan negeri. Tiada kerajaan campuran. Dua perkara ini akan merugikan PAS. Dua perkara ini akan merugikan pakatan PKR-DAP-PAS.

Phahrolrazi tiada pilihan lain melainkan mengikut kehendak PAS pusat untuk menyelamatkan tampuk kuasa negeri. Yang lebih tepat adalah PAS tiada pilihan lain.

Walaupun muzakarah telah dilakukan oleh kepimpinan PAS pusat, namun demi menyelamatkan PAS dan angkatan pakatannya selaku parti yang meneraju kerajaan negeri, Phahrolrazi dalam keterpaksaan akur dengan keputusan itu.

Azizan pula bukanlah pengkhianat parti. Beliau percaya dengan apa yang dilakukannya. Ditambah dengan sokongan dari Dewan Ulamak, pertelingkahan antara Azizan dan Phahrolrazi bukanlah kerana pengkhianatan yang melibatkan UMNO atau BN. Ini bukan kisah 16 September. Ini krisis dalaman.

Azizan dianggap sebagai kumpulan orthodox atau bahasa partinya kumpulan ulamak. Manakala Phahrolrazi adalah golongan pembaharuan yang disifatkan oleh penganalisa politik sebagai kumpulan ‘anwarinas’, kerana cenderung kepada Anwar Ibrahim dalam misi merampas Putrajaya at all cost.

Dalam keadaan politik negara yang menuju pilihanraya umum 13 pada bila-bila masa, kemelut kerajaan negeri Kedah tidak akan menguntungkan pakatan. Ia tidak akan menguntungkan PAS. Kemaraan kumpulan ‘anwarinas’ kali ini tidak berjaya seperti di negeri Selangor.

Azizan tidak akan menerima nasib seperti Hasan Ali. Hasan Ali bukanlah seorang menteri besar. Beliau sekadar (bekas) exco kerajaan negeri yang di bawah telunjuk Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim punyai kuasa yang besar. Begitu juga Azizan. Azizan lah yang pegang kuasa. Bukan Phahrolrazi, bukan Hadi Awang dan jauh sekali Anwar Ibrahim.

Tekanan politik terhadap Azizan berjaya dikekang oleh kekerasan kepala Azizan sendiri. Melainkan PAS memecat keahlian Azizan, mungkin senario lain bakal terjadi. Sanggupkah PAS melakukan kesilapan kali kedua dengan memecat Azizan sebelum berlangsungnya PRU13 ?

Saya rasa tidak!
 
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.