Blog Archive

Tuesday, January 31, 2012

@unspinners did it again - JEMPUTAN TERBUKA UNTUK @anuarmohdnor & SALAHUDDIN


Berbaju hijau memasuki dewan menjadi perhatian... Tok Mat kata berderau darah tengok color hijau. Salahuddin buat muka selamba. Bila bertanya ahli panel, ditanya nama dan dari mana bagi memudahkan bicara, katanya "nama saya Salahuddin dan saya dari sini!", sambil menunjukkan kerusinya... Unspinners kembali lagi. Tak puas hati gamaknya. Barangkali!

Bersandarkan gambar Anuar Mohd Nor bersama Chegubard dalam satu forum *Bukan kali pertama* Banyak kali kolaborasi Anuar Reform melibatkan forum tertutup mahupun terbuka. Selalunya mewakili suara pro-kerajaan. Dan diskusinya adalah berkaitan kerajaan vs pembangkang. 

Anuar Reform bukan bodoh. Setiap kali majlis yang melibatkannya dirinya, pasti dibawa masuk rakan 'alibi' dari pro-kerajaan. Alasannya mudah, hari ini pasti akan berlaku. Memang pun berlaku. Dan majlis yang manakah Salahuddin boleh buktikan penglibatan Anuar di dalamnya - pasti akan ada petunjuk 'wakil UMNO' berada di sisinya.

Walaupun Anuar Reform diminta oleh Chegubard untuk menemaninya bagi menonton klip video seks Carcosa, saya kira ada 8 anggota yang menantinya di luar bagi pertama memastikan keselamatannya. Kedua bagi memastikan pergerakan Anuar tidak seperti yang Salahuddin pertuduhkan.

Sebenarnya, perselisihan antara Salahuddin dan Anuar telah direkodkan dalam jurnal laporan kami bermula dari pembongkaran Anuar terhadap isu Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn yang cuba dikaitkan oleh Salahuddin dengan perilaku 'GAY'. Dalam bahasa blognya, Anuar telah KANTOIKAN Unspinners! oops.. Another brick! Bermula itu hentaman demi hentaman dilakukan termasuk siri-siri pendedahan Anuar tentang ke-muak-kan rakyat apolitical yang memandang benci dengan gaya penulisan lucah serta maki hamun!

Kita tidak mahu membuka semua perkara bagi kelak diejek pihak lawan sebenar iaitu pembangkang.. oleh yang demikian, ini adalah "PELAWAAN TERBUKA UNTUK DIALOG & DEBAT TERBUKA ANTARA HAJI SALAHUDDIN DAN ANUAR MOHD NOR"

Ramai pejuang UMNO dalam mentransformasikan lanskap politik negara (PTP) telah terbuka dalam pelawaan debat mahupun forum. KJ pernah lakukannya, begitu juga Saifuddin Abdullah dan Ahmad Shabery Chik. Biarkan penonton menjadi juri dalam bentuk live dan tidak berselindung disebalik maya.

Jadi, bagaimana dengan anda Salahuddin
 

unspinners go spinning !

Pagi-pagi sudah buat jenaka. sedang aku menulis tentang pertemuan dengan YAB Menteri Besar Terengganu baru-baru ini dan bagaimana persiapan Terengganu bagi menghadapi PRU 13... aku terima satu mesej yang mengatakan ada seorang sahabat masuk dalam tajuk satu laman blog.  aku pun baca... dan tergelak. katanya Anuar Mohd Nor pengendali laman www.umno-reform2.com adalah blogger pembangkang! atau sebenarnya dia nak kata "...was a pro-opposition blogger?". dua perkara berbeza. dalam kepala otak ligat berpusing. kelmarin sewaktu dalam program sebagaimana yang dinyatakan oleh si pelapor, yang memberi ceramah atau ahli forumernya adalah YB Zul Noordin. jadi timbul persoalan dalam benakku... adakah Zul Noordin merupakan pembangkang atau "...was an opposition member?"

kebetulan, dalam pertemuan bersama YAB Menteri Besar Terengganu, beliau memaklumkan bahawa beliau amat baik dan rapat dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah sehingga kini. namun katanya, ia tidak menjejaskan fahaman politik mereka. bahkan YAB Menteri Besar Terengganu mencabar Anwar jika benar dia tidak bersalah dan mahu bersumpah, dia akan mendukung Anwar Ibrahim. tapi Mat Said tahu Anwar tidak akan bersumpah sampai bila-bila. ini tidak menjejaskan hubungan baik mereka. kalau aku mahu kiaskan antara Anuar Mohd Nor dan Chegubard... lebih kurang lah tu. mungkin si pelapor lupa, Zul Noordin kelmarin turut berkata beliau kenal YB Dato' Ahmad Maslan semenjak belajar lagi dan pernah tinggal serumah selama setahun. setelah habis belajar, mereka profesional, walaupun masa itu masing-masing berfahaman politik lain. itu pun tak tak faham-faham lagi ke? LOL


Oh ya! testimoni yang cuba disampaikan adalah keratan laporan Keadilandaily yang menyatakan bahawa Anuar Mohd Nor turut bersetuju bahawa pelaku seks dalam video klip carcosa bukan Anwar Ibrahim.. betul ke tu? cuba semak balik dengan rakaman yang macam Johari kena. Anuar kata bukan Anwar Ibrahim atau dia kata lain? mungkin Anuar beri amaran agar ini tidak dikaitkan denggan UMNO. check balik.. check balik.. :)

Hairan juga kerana percaya berita dari sumber yang memang tak boleh pakai!

secara tiba-tiba, nama Razman Hakimi Abdullah dan UMB turut terkait. seorang graduan dari liverpool, united kingdom yang punyai pengalaman korporat dan berpotensi besar walaupun muda dipertikai sebagai UKK Mindef. Anak siapa Razman ni? semak baik-baik kawan! patriotik atau tidak budak hingusan ni? nak lantik setpol pun kena semak anak siapa dia ni... maknanya pemilihan bukan semberono.. LOL. 

UMB pun kena juga! aku rasalah... ada komplot terancang kot nak bolot semua. habis semua ditarik masuk dalam game ni.

apa pun... aku nak katalah, Tok Mat sebagai penganjur pun tahu cakap, "thank you for coming Nuar!"

wake up please! 

p/s: dalam perhimpunan agong umno 2011, hanya ada seorang naib presiden selain memuji dan berterima kasih pada bloggers dia turut berkata... "hari ini kita untung sebab kita dibantu oleh bekas pemain media pro-pembangkang. kita tahu gerak dan permainan pembangkang!" lagi tak boleh baca ke hint ni?!

suatu maSa

Bagaimanakan ku mula * Dan apakah kata-kata * Yang indah untuk diabadikan * Tiap wajah berkisah * Tiap madah bererti * Manakah ilhamku * Cahaya di matamu * Senyum di bibirmu * mengukir seribu tanda pertanyaan * Mungkinkah kau jua dalam kerinduan * Di saat begini aku merindukah *Berhelai-helai surat * Terbiar di depanku * Tak dapat aku utuskan * Ku ramas semua * Dan ku buangkan * Jauh dari pandangan * Lalu aku kesal * Ku kumpul semula * Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa * Jika engkau tahu di dalam hatiku * Mungkinkah kau sahut jeritan batinku* Dengarkanlah * panggilanku * Dengarkanlah lagu untukmu * Angin lalu kau sampaikan * Rasa rindu yang membara * Kepadanya * Warna-warna cintaku * Kian pudar bersama * Malam yang gelap gelita * Entahkan kau rasakan * Apa yang aku rasa * Atau kau tak endah * Tapi ku percaya * Semua telah tertulis * Dan niat suciku takkan disiakan * Dan di suatu masa * Di hari yang indah * Ku hulur tanganku * Lalu kau terima

Saturday, January 28, 2012

Archive #61

Fenomena Hasan Ali & 'Kuasa Ketiga' PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Saturday, 28 January 2012 13:39

Oleh: GreenHood

Ya, Dato Dr Hasan Ali adalah ikon baru. Ikon baru pada perjuangan yang usang.

Ikon baru - Hasan Ali menjadi ikon baru kerana terpecatnya beliau dari keahlian PAS dan exco kerajaan negeri Selangor.

Perjuangan usang - usang kerana beliau menentang penyelewengan akidah yang membawa kepada pemurtadan umat Islam di Selangor sedangkan perjuangan ini merupakan agenda besar PAS dengan melabelkan UMNO-BN sebagai sekular dan gagal menanganinya, suatu ketika dahulu. Setidak-tidaknya sebelum PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR seterusnya membentuk kerajaan negeri di Kedah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Perak (sebelum  Perak kembali ke tangan BN atas faktor teknikal) termasuk Wilayah Persekutuan.

Secara tiba-tiba Hasan Ali terangkat menjadi hero dalam perjuangan usang. Beliau menjadi ikon. Ikon bukan kepada UMNO tetapi kepada ahli PAS yang masih tinggal di dalam PAS khususnya, dan umat Islam majoriti yang non-partisan.

Selain dari itu, Hasan Ali tiada kena-mengena dengan UMNO.  Itu jelas.

Hasan Ali sebagai ‘parasit’

Ada sebilangan pemerhati politik, terutamanya yang cenderung kepada pakatan pembangkang  menganggap Hasan Ali adalah ‘parasit’ yang merosakkan kerjasama baik PAS-DAP-PKR. ‘Parasit’ ini kononnya mendapat ‘sokongan gelap’ UMNO-BN terutamanya apabila dikaitkan dengan ide membentuk kerajaan perpaduan, sejurus selepas keputusan pilihanraya umum (PRU) 13 diperolehi.

Teori itu dikukuhkan dengan penglibatan beberapa individu lain di dalam PAS dan lebih teruja, nama Datuk Seri Haji Hadi Awang turut terkait. Testimoninya adalah dokumen ‘perjanjian sulit’ (beberapa blog telah pun menyiarkan surat perjanjiann tersebut untuk dinilai oleh pembaca) yang bukan lagi sulit kini cuba ‘dijual’ oleh Azmin Ali sebagai amaran agar Hasan Ali menutup mulutnya demi menjaga nama individu-individu yang juga terkenal dengan jolokan ’10 kambing hitam’. Ujar Azmin, segala rahsia Hasan Ali berada dalam tangannya.

Untuk lebih meyakinkan, pertentangan Hasan Ali dengan pemimpin tertinggi pakatan terutamanya dari PKR adalah kerana gerakan menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang memberi kelebihan hanya kepada PKR dan tempiasnya kepada DAP. Jika Khalid Ibrahim terguling, maka Hasan Ali akan mudah menjadi Menteri Besar serta memberi kelebihan kepada PAS.

Sebab itu, apabila Azmin bertempik, tindakan yang diambil oleh Hadi Awang selaku Presiden PAS adalah dengan memecatnya. Secara politik, ini akan menutup ‘kegiatan gelap’ PAS yang berusaha mendominasi lanskap politik Selangor. Namun, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah bodoh dan buta orangnya.

Teori ini berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur, Sungai Pechala, Tropicana, Shah Alam, Melawati, Gombak atau mana-mana kawasan bandar yang didiami elitis Melayu. Ini teori orang-orang Bandar.

Parasit adalah kumpulan Anwarinas di dalam PAS


Hasan Ali adalah pejuang sebenar PAS yang membawa panji Islam dalam kepimpinan negeri Selangor. Melaksanakan penguatkuasaan enakmen undang-undang Islam negeri kononnya adalah permulaan langkah PAS dalam menegakkan dan memertabatkan Islam bertepatan dengan dasar perjuangan PAS di negeri Selangor.

Maka, sebagai exco kerajaan negeri yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam, Hasan Ali gagah membenteras perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti penjualan sewenang-wenangnya minuman keras dan kegiatan meminum arak tegar oleh umat Islam yang tidak beriman. Beliau turut menggempur tempat-tempat yang dipercayai pusat kemaksiatan berlaku seperti hotel-hotel bajet dan spa yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Yang paling mendapat tumpuan utama Hasan Ali adalah menggempur kegiatan menyelewengkan akidah umat Islam yang rapuh iman dan ilmu agamanya hingga pemurtadan terjadi dengan kes-kes yang dilaporkan hebat berlaku seperti kes Lina Joy diambil sebagai contoh.

Serbuan ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah kemuncak kemarahan parti yang membentuk perikatan pakatan terutamanya DAP. Jika awalnya Ronnie Liu begitu berang dengan tindak tanduk Hasan Ali yang menghalang urusniaganya, kini Teresa Kok, Elizabeth Wong, Jayakumar Xavier dan beberapa tokoh lain di Selangor turut bangkit marah dengan perlakuan Hasan Ali.

Hasan Ali tidak peduli itu semua. Baginya, ini adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dan ianya bukan sekadar amanat rakyat yang mengundinya lebih dari itu beliau bertanggungjawab sebagai pemimpin Islam yang akan ditanya oleh malaikat sebelum ditimbang amalannya. Ini juga merupakan asas kepada perjuangan sejati PAS. Setidak-tidaknya, inilah yang dipercayai oleh akar umbi PAS yang tidak mahu tahu hal politik peringkat tertinggi melainkan Islam termertabat dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Tindakan Hasan Ali yang mendatangkan geruh kepada perikatan pakatan terutamanya DAP tidak menyenangkan Anwar Ibrahim. Justeru, kumpulan Anwarinas yang wujud di dalam PAS memainkan peranan sehingga tersingkirnya Hasan Ali.

Siapa ‘parasit Anwarinas’ ini hanya Hasan Ali yang boleh menjawapnya.

Itu teori yang berlegar di sekitar Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar, Kuala Langat datau kawasan-kawasan luar Bandar yang dihuni majoriti Melayu kelas pertengahan. Atau sahaja peringkat akar umbi pas peringkat ranting dan cabang. ­Ini teori orang-orang Kampung.

Penjelasan Hasan Ali dengan melakukan roadshow adalah perlu

Ada segelintir pemerhati politik mahu pun penulis politik mempertikaikan kenapa perlu  memberi tumpuan dan perhatian khas kepada Hasan Ali ? Malahan ada juga yang memberi amaran kepada UMNO agar jangan terlibat dengan gerakan Hasan Ali.

Bagi saya, Hasan Ali tetap ikon bukan kepada orang UMNO tetapi kepada perjuangan teori kedua. Dan jika teori pertama teraplikasi, meletakkan Hasan Ali sebagai Menteri Besar Selangor dalam pakatan juga adalah satu perjuangan yang betul pada landasan yang betul.

Hanyasanya, PAS masih gagal meletakkan makam (hirarki) mereka di tempat yang sepatutnya iaitu makam tertinggi di antara pakatan PKR-DAP-PAS.

Hasan Ali perlu menjelaskannya !

Kuasa Ketiga

Sebenarnya, ‘kuasa ketiga’ atau ‘the third force’ bukanlah perkara yang baru atau asing di Malaysia. Ia mungkin janggal bila mahu diimplimentasikan kepada kaum Melayu seolah-olah kaum ini sudah putus asa dengan wadah parti politik sedia ada yang dihimpuni oleh kaum Melayu.

Tetapi ‘kuasa ketiga’ bukanlah asing kepada kaum Cina terutamanya. Kaum Cina telah lama mewujudkan ‘kuasa ketiga’ bagi menjaga dan membela kaum mereka. Jika diteliti, terlalu banyak persatuan-persatuan yang dianggotai oleh kaum Cina bersifat non-political . Jumlahnya mengatasi angka parti politik yang dianggotai oleh kaum Cina.

Peranan ‘kuasa ketiga’ adalah bagi memastikan kepentingan kaum mereka yang melibatkan perniagaan, pendidikan, agama dan bahasa terutamanya.

Peranan ‘kuasa ketiga’ ini sebenarnya amat besar membentuk pemikiran dan hala-tuju kaum Cina berbanding peranan parti politik. Parti politik hanyalah terjemahan terakhir kaum ini dalam bentuk undi semasa proses demokrasi dilaksanakan. Namun, kesepakatan ‘kuasa ketiga’ tidak sebenarnya datang dari pergeseran parti.

Ringkasnya, kaum Cina telah sebenarnya menunjukkan ‘kuasa ketiga’ dahulu. Mampukan Melayu melakukannya ?

Saya dengan tulus hati berpendapat, Melayu hanya dapat bersatu jika UMNO dan PAS bersekutu. Selebihnya, Melayu hanya semakin berpecah kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil dan akhirnya layu.
 
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.

Thursday, January 26, 2012

HaHaHa


Aikk... Azmin goyang kenapa?
Ada orang UMNO sendiri tak senang dengan Hasan Ali tapi Azmin lagi gundah gulana awatnya?! 
LOL
...hang parti apa Azmin? 


#SURATTERBUKA UNTUK @drhasanali

YB Dato’ Dr. Hasan Ali,


Assalamualaikum wbt dan puji-pujian bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam.


Menonton rancangan “Soal Jawab” yang dikendali serta disiarkan oleh stesyen televisyen TV3, bertarikh 24hb Januari 2012, jam 11.00 malam, saya tampil untuk memberi pandangan dan cadangan untuk pertimbangan YB Dato’. Beikut adalah antaranya :-


1.    YB Dato’ memaklumkan wujudnya “kuasa ketiga” dalam lanskap politik tanahair yang tidak dapat disangkal oleh saya. Memperincikan “kuasa ketiga” yang dipercayai oleh YB Dato’ memperjuangkan “I-M-R” ringkasan kepada “Islam-Melayu-Raja”, juga satu objektif yang amat saya sokong secara peribadi.

2.    Namun saya juga percaya bahawa perjuangan parti-parti yang wujud dan berdaftar di Malaysia punyai objektif dan matlamat masing-masing berlandaskan perlembagaan parti tersebut.

3.    Sudah sekian lama Malaysia didominasi oleh satu parti yang menggunakan label “Islam” dalam perjuangan mereka, tidak lain dan tidak bukan adalah Parti Islam Se-Malaysia atau PAS. Maka, “I” untuk “Islam” yang pertama telah ada wadahnya.

4.    Begitu juga matlamat penubuhan sebuah lagi parti semenjak sebelum merdeka yang mendaulahkan Raja-Raja dan memertabatkan bangsa Melayu tidak lain dan tidak bukan disandang oleh Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya, UMNO. Maka itu “M” dan “R” yang YB Dato’ fikirkan perlu ada dalam gerakan “kuasa ketiga” juga telah dipenuhi.

5.    Lebih dari itu, UMNO turut memakai slogan perjuangan ‘agama’, ‘bangsa’ dan ‘tanahair’ selama ini. Pendekatan ‘aa-ba-ta’ itu seolah-olah dihidupkan kembali dalam jenama “I-M-R” yang YB Dato’ fikirkan mahu diterapkan dalam perjuangan “kuasa ketiga”, adalah pada hemat saya hanyalah suatu re-branding, daripada melahirkan satu ide segar dan baru.

6.    Saya secara peribadi melihat perjuangan YB Dato’ secara dekat semenjak YB Dato’ menggalas jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

7.    Saya kagum dengan kecekalan YB Dato’ dalam membawa bukan sekadar nama baik YB Dato’ sendiri dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat, lebih dari itu YB Dato’ berusaha melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah swt lebih dari segalanya. Justeru itu, wadah perjuangan ‘Islam’ yang selama ini cuba dijuarai oleh PAS adalah pada landasan yang betul diterjemahkan oleh YB Dato’ selaku exco kerajaan negeri yang memegang portfolio hal ehwal agama Islam.

8.    YB Dato’ adalah pemimpin PAS sejati dalam kedudukan kuasa yang diberikan oleh rakyat negeri Selangor kepada pakatan PAS-PKR-DAP. Menterjemahkan ia dengan penguatkuasaan undang-undang Islam yang terhad,ada diperuntukan dalam negeri Selangor, YB Dato’ cuba sebaik mungkin membanteras penyakit-penyakit sosial seperti arak dan maksiat.

9.    Secara peribadi, pada hemat saya adalah tindakan yang ditunggu-tunggu oleh bangsa Melayu yang umumnya adalah penganut agama Islam. Memang perlu, usrah dan dakwah untuk mengembalikan Melayu, yang sinonim sebagai umat Islam kepada jalan Allah swt tetapi pada akhir zaman ini, penguatkuasaan adalah tindakan yang dipercayai oleh sebilangan besar ummah mampu membanteras gejala serta penyakit sosial yang berleluasa berakibatkan kemodenan dunia amnya, dan Malaysia khususnya.

10.  Selain dari penyakit sosial seperti arak dan maksiat, saya juga amat kagum dengan keberanian YB Dato’ membanteras usaha menyelewengkan akidah umat Islam, terutamanya Melayu, yang diperuntukan dalam perlembagaan negara sebagai bangsa istimewa dengan agama yang ditetapkan semenjak kelahiran sebagai penganut agama Islam.

11.  Insiden pemurtadan umat Islam serta penyelewengan akidah seperti yang YB Dato’ ‘bogelkan’  kegiatannya, bukanlah suatu yang memeranjatkan umat Islam Malaysia khususnya. Umat Islam Malaysia lebih terperanjat dengan keberanian YB Dato’ memerangi segelintir pihak yang berusaha untuk memurtadkan umat Islam serta menyelewengkan akidah mereka. Ini kerana, kes-kes pemurtadan bukanlah suatu yang baru, bahkan menjadi sebahagian dari perjuangan PAS itu sendiri.

12.  Tindakan YB Dato’ mewujudkan USA, singkatan kepada “Unit Selamatkan Akidah” di bawah pejabat portfolio yang YB Dato’ pegang, dibantu oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), ditambah dengan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor adalah satu tindakan yang tepat dan wajar. Angka fail kes, 35 kesemuanya yang sudah berdaftar mohon diselamatkan akidahnya,  menunjukkan keberkesanan YB Dato’ dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat, dan oleh Allah swt.  

13.  Malangnya,  segelintir pimpinan tertinggi PAS, tidak tahan dengan ujian Allah swt yang baru memberikan kuasa sedikit kepada mereka untuk memerintah negeri, sanggup menekan dan menindas YB Dato’ dalam perjuangan menegakkan kebenaran Islam.

14.  Ujian Allah swt dengan memberi kuasa sedikit kepada PAS bagi memerintah negeri nampaknya gagal dengan nafsu serakah segelintir pemimpin tertinggi PAS yang punyai cita-cita lebih besar mahukan kuasa memerintah negara. Demikian itu, kes pemurtadan dan penyelewengan akidah umat Islam yang selama ini gagal dibendung oleh kerajaan negeri Barisan Nasional mahupun Pusat, juga diambil ringan oleh pimpinan tertinggi PAS kerana mahu menjaga hati parti pakatan mereka terutamanya PKR dan DAP.

15.  Pada pandangan peribadi saya, secara jujur, PAS telah lari dari perjuangan asalnya yang sebelum itu berjaya diterjemahkan oleh YB Dato’ sewaktu menduduki kerusi exco menjaga hal ehwal agama Islam di negeri Selangor.

16.  Pemecatan YB Dato’ barangkali adalah sebahagian ujian dari Allah swt, bagi melihat sejauh mana kesungguhan YB Dato’ meneruskan perjuangan menentang pemurtadan dan penyelewengan akidah umat Islam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melanggar peruntukan perlembagaan negara yang memberikan keistimewaan kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

17.  Justeru, penolakan YB Dato’ untuk memasuki mana-mana parti seperti UMNO mahu pun pergerakan tidak berpolitik seperti Perkasa sewaktu sidang media kali pertama diadakan selepas pemecatan YB Dato’ adalah disambut baik secara peribadi oleh saya.

18.  Negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai contoh terbaik, pernah dipecat kerana lantang menyanggah dasar bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama, allahyarham Tunku Abdul Rahman. Namun akhirnya terbukti, dengan kekuasaan Allah swt beliau diambil semula ke dalam UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat. Sekali lagi Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan keluar dari parti kerana membantah kepimpinan penggantinya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan kehendak Allaw swt juga perjuangan Tun Dr. Mahathir membuahkan hasil apabila Tun Abdullah melepaskan jawatan dan diganti oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

19.  UMNO yang diibaratkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai “busuk hingga ke usus” nya tidak lama dahulu tidak jauh berbeza dengan PAS pada hari ini.

20.  Kepimpinan tertinggi PAS kini yang menyimpang jauh dari dasar sebenar, jauh dari kemolekan yang pernah dibawa oleh allahyarham al-fadhil ustaz Fadzil Noor perlu digempur bagi meluruskan kembali dasar perjuangan mereka.

21.  Di sinilah harapan saya secara peribadi agar YB Dato’ dapat menyedarkan ahli-ahli PAS terutama yang berada di akar umbi  bangkit membetulkan landasan parti itu. Jika benar terbukti wujudnya golongan-golongan parasit yang menghancurkan struktur dalaman PAS ibarat anai-anai yang merosakkan rumah, maka wajarlah YB Dato’ basmi parasit atau anai-anai itu sekali pun dari luar rumah.

22.  Sebenarnya, saya berpandangan PAS adalah satu parti yang disayangi oleh bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Ini kerana PAS adalah satu lagi parti terbesar yang dapat menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam selain dari UMNO sendiri. Pada satu ketika, di mana UMNO gagal menangani desakan-desakan bangsa lain terutamanya yang bersangkut-paut dengan hak agama Islam dan hak Melayu sebagaimana diperuntukan di dalam perlembagaan negara, PAS menjadi parti golongan kiri yang mendesak seterusnya menyeimbangi UMNO dalam mempertahankan perkara-perkara itu. Namun kerana ketamakan kuasa, hari ini kelihatan kedua-dua UMNO dan PAS menjadi lemah dalam mempertahankan agenda agama, bangsa dan tanahair.

23.  Sebenarnya, selain dari menyelamatkan UMNO, adalah perlu untuk menyelamatkan PAS pada hari ini. Sama ada UMNO mahupun PAS, kedua-duanya adalah parti yang suci pada asasnya, namun kotor kerana kepimpinan yang tamak dan haloba hingga sanggup meninggalkan dasar perjuangan yang asal.

24.  Harapan saya agar YB Dato’ dapat memperjuangkan perkara-perkara yang saya sebut di atas. Insyaallah, ujian demi ujian yang Allah swt berikan dapat diharungi oleh YB Dato’ dan sekiranya parasit serta anai-anai yang memusnahkan parti PAS itu dapat dibanteras, walaupun dari luar parti, pada suatu hari nanti impian umat Islam dan bangsa Melayu untuk melihat perpaduan ummah bukan sekadar impian, tetapi direalisasikan. Itulah harapan sebenar-benar umat Islam, bangsa Melayu yang tidak berpolitik dan mahu menjadi "kuasa ketiga". Mudah-mudahan, Insyaallah.


Akhir kalam, saya doakan kesihatan yang baik buat YB Dato’ dalam meneruskan perjuangan ISLAM-MELAYU-RAJA sebagaimana yang direncanakan.


Wassalam warahmatullahi wbt.


Sekian,


@sinismalaysia.blogspot.com

Ditintakan pada: 26hb Januari 2012, jam 9.00 pagi.

Wednesday, January 25, 2012

EKSLUSIF VID-KLIP (Bhg 2): Pengakuan Dato @drhasanali tidak didorongi politik jauh sekali UMNO

Prologue:-

Kelmarin telah disiarkan KLIP VIDEO EKSLUSIF (Bhg 1), pendedahan oleh YB Dato’ Dr Hasan Ali bahawa dirinya hanya  melakukan tugas yang diamanahkan oleh ALLAH selaku exco berkaitan hal ehwal agama Islam melalui capaian:
 
http://sinismalaysia.blogspot.com/2012/01/ekslusif-vid-klip-dato-dr-hasan-ali.html.



Dalam posting tersebut, telah dinyatakan bahawa HIMPUN yang diadakan pada 22hb Oktober 2011, tidak dimotivasikan oleh sebarang gerakan politik sebaliknya bermotifkan perjuangan menentang isu pemurtadan dan penyelewengan akidah umat Islam selepas peristiwa DUMC pada 4hb Oktober 2011.

Klip video bhg 2 ini menjelaskan ianya dengan lebih terang lagi.

Hendaklah diingati, bahawa dalam setiap kes, sesuatu  kronologinya amat penting. 

Perlu dijelaskan di sini bahawa kronologinya adalah seperti yang berikut:-

 3-8-2011   Siasatan ke atas premis DUMC oleh JAIS dilaporkan sewaktu bulan ramadhan tersebut dan seramai 12 individu telah disoal siasat.

 5-8-2011  Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor memohon maaf kepada DUMC bagi pihak kerajaan negeri atas insiden di DUMC tersebut. 

10-8-2011 Dimaklumkan bahawa satu siasatan tertutup akan dilakukan dan keputusannya akan diserahkan kepada DYMM Baginda Sultan Selangor. Namun, tiada sebarang makluman telah diperdengarkan dengan alasan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kemelut DUMC terus berkecamuk dengan pelbagai peristiwa termasuk penggantungan Prof. Aziz Bari dan kebangkitan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menutupi kes DUMC. 

17-10-2011 Krew KRITISONLINE menemuramah YB (Dato’) Dr. Hasan Ali di pejabatnya, di Bangunan SUKK Shah Alam. 

22-10-2011 HIMPUN berlangsung di Stadium Shah Alam.


NAMUN JELAS, KENYATAAN (17-10-2011) DATO’ DR HASAN ALI SEWAKTU BELIAU MASIH MEMEGANG JAWATAN EXCO BAHAWA PERJUANGANNYA MENENTANG ISU PEMURTADAN DAN AKIDAH BUKANLAH BERSIFAT POLITIK DAN JAUH DARI DORONGAN UMNO SENDIRI. 

Kronikal Selangor Pt.3



VII


Siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) ke atas DUMC pada bulan Ramadhan tahun lalu menguatkan teori kes pemurtadan yang galak dilakukan secara tersembunyi dan terancang.


Khalid Ibrahim yang menerima tekanan dari kepimpinan terutamanya DAP terpaksa menyahut kehendak pimpinan tertinggi pakatan. Ucapan maaf dilafazkan sebelum siasatan penuh dilakukan.  Manakala Khalid Samad terus mempertahankan gereja dan mengikut suara-suara ‘halus’ dari kepimpinan tertinggi pakatan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Golongan Anwarista di dalam PAS memainkan peranan yang kuat mendesak kepimpinan PAS untuk terus-terusan menyenyapkan isu pemurtadan umat Islam walaupun PAS suatu ketika dahulu begitu lantang memperjuangkan kes ini (pemurtadan).

Hingga satu ketika golongan ulama’ di dalam PAS turut membisu walaupun ini tidak disenangi oleh Dato'Harun Taib dari Dewan Ulama serta Dato' Harun Din, Timbalan Mursyidul Am. Label ‘ulama’ bisu’ mula melanda PAS. Hingga ke hari ini, isu pemurtadan dan kaitannya dengan DUMC tidak mendapat jawapan yang memuaskan ahli akar umbi PAS sendiri apatah lagi rakyat di luar sana.

VIII


Kes ini amat membimbangkan bukan sekadar umat Islam, bahkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Baginda Sultan Selangor turut merasainya.

Sebagai exco kerajaan negeri yang memegang portfolio berkaitan, Dr Hasan Ali bertanggungjawab bukan sekadar insiden siasatan JAIS ke atas DUMC, namun fakta kes pemurtadan  itu sendiri. Ianya satu kes yang sensitif, namun amat berat sekali!


Tekanan ke atas Hasan Ali bukan sahaja datangnya dari DAP atau pihak Anwarista. Yang terutama, tekanan dari pihak Istana sendiri yang mahukan kebenaran di sebalik peristiwa itu. Sebagai Ketua Agama Islam negeri, DYMM Sultan Selangor berhak mengetahui kedudukan sebenar. Begitu juga seluruh umat Islam di luar sana. Tekanan yang dihadapi oleh Hasan Ali begitu tinggi sekali. Hasan Ali tersepit antara perjuangannya menegakkan fahaman agama Islam yang menjadi wadah beliau sewaktu menganggotai PAS atau politik sempit yang mahu mencari kuasa dengan perikatan pakatan.

Hasan Ali turut terikat dengan Baginda Sultan kerana beliau selaku exco kerajaan negeri yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam adalah wakil kepada Ketua Agama Islam negeri itu sendiri.
 

Hasan Ali nekad memilih perjuangan ‘asal’ !

...bersambung

INSYAALLAH


Every time * You feel like you cannot go on * You feel so lost and that you're so alone * All you see is night * And darkness all around * You feel so helpless you can't see which way to go * Don't despair * And never lose hope * 'Cause Allah is always by your side Insha Allah Insha Allah Insha Allah... You'll find your way
Every time * You commit one more mistake * You feel you can't repent and that it's way too late * You're so confused * Wrong decisions you have made * Haunt your mind and your heart is full shame * But don't despair * And never lose hope * Coz Allah is always by your side * Turn to Allah * He's never far away * Put your trust in Him * Raise your hands and pray * Ya Allah * Guide my steps, don't let me go astray * You're the only one who can show me the way * Show me the way * Show me the way * Show me the way InshaAllah InshaAllah InshaAllah... We'll find the way

Tuesday, January 24, 2012

EKSLUSIF VID-KLIP : Dato @drhasanali Berkaitan Akidah & Pemurtadan Di Selangor sebelum HIMPUN 22 Oktober 2011


Pada Oktober 2011, selepas negara digemparkan dengan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), krew www.kritis-online.com/ berjaya menemui YB (kemudian baru menerima anugerah bergelar Dato’) Dr Hasan Ali bagi mendapatkan gambaran sebenar apakah yang sebenarnya berlaku.


Intebiu yang krew lakukan juga adalah sejurus sebelum Hasan Ali dijemput bagi memberikan ucaptama sewaktu “HIMPUN: Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah” dijalankan di Stadium Shah Alam, Selangor tanggal 22 Oktober 2011.





Pada intebiu tersebut, Dr Hasan Ali telah berpesan agar intebiu tersebut tidak dikeluarkan melainkan mengikut pesanan yang diluluskan oleh beliau dan telah di publish kan oleh www.kritis-online.com/ melalui capaian: http://www.kritis-online.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1332:dr-hasan-ali-soal-akidah-bukan-perkara-main-main-ianya-serius&catid=35:sosial-kemasyarakatan&Itemid=37 

Ini adalah bagi menghormati kedudukan beliau selaku exco kerajaan negeri Selangor pada waktu itu.



Dengarkan KLIP VIDEO EKSLUSIF (Bhg 1)di bawah untuk penjelasan Dr Hasan Ali bahawa dirinya tidak digerakkan oleh mana-mana pihak kecuali DYMM SULTAN SELANGOR dan atas kapasiti individu dirinya yang terikat dengan PERINTAH ALLAH.


Jelas beliau 

Ya! berkhidmat untuk rakyat pun iya... working for people pun iya juga... but the important is... I'm working to obey God!

Ini adalah kemuncak krisis Selangor sebagaimana saya mula nyatakan dalam Siri Pendedahan Kronikal Selangor di capaian








* KLIP VIDEO INI DILEPASKAN UNTUK TONTONAN SEJAJAR DENGAN PELEPASAN DATO' DR HASAN ALI DARI KEANGGOTAN PAS & EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR


** DENGARKAN JUGA PENGAKUAN DATO' DR HASAN ALI MENGATAKAN BAHAWA UMNO TIDAK TERLIBAT DALAM "HIMPUN"


*** TERNYATA, DATO' DR HASAN ALI DIPECAT BUKAN KERANA POLITIK TETAPI KERANA PERJUANGANNYA MENENTANG PEMURTADAN DAN AKIDAH UMAT ISLAM !

Kronikal Selangor Pt.2

IV


Keputusan pertandingan memperlihatkan Nasharuddin tewas di tangan Mat Sabu. Hasan Ali turut menerima kesannya apabila tidak dinamakan sebagai pesuruhjaya mahupun naib-naib pesuruhjaya peringkat negeri Selangor selepas selesai pemilihan parti. 


Golongan yang mula berkuasa dalam PAS disebut oleh pemerhati politik sebagai golongan yang cenderung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau disebut sebagai kumpulan Anwarinas atau Anwarista.


V


Selepas selesai pemilihan parti, Hasan Ali meneruskan tugas-tugasnya seperti selalu tetapi dengan iktikad yang lebih kuat. Pertentangan dalaman mulai wujud. Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar turut merasa kesannya.


Golongan Anwarista terlalu kuat melanda dalaman PAS. Pengaruh Anwar Ibrahim bertapak kukuh terutama dengan kedudukan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden dan ditambah dengan Husam, Salahuddin serta Mahfuz selaku Naib Presiden.


Khalid Ibrahim turut merasa tekanan yang hadirnya dari Azmin Ali. Bukanlah satu perkara yang baru semenjak Azmin terlucut jawatan selaku Pengerusi PKR di negeri kepulauan Borneo, beliau telah dilantik selaku Pengerusi PKR negeri Selangor dengan alasan yang diberikan oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Presiden PKR, agar Khalid Ibrahim dapat menumpukan seratus peratus kepada soal pentadbiran kerajaan negeri.

VI


Sesetengah pemerhati politik berpendapat bahawa Azmin begitu teruja dengan negeri Selangor serta menyimpan hasrat untuk menduduki kerusi Menteri Besar di negeri yang kaya-raya ini.


“Perang Dingin” atau “cold-war” di antara kedua-dua Khalid dan Azmin memang wujud walaupun berjaya disembunyikan secara kosmetik sebagaimana Hasan Ali berjaya menyembunyikan kedinginannya dengan Ronnie Liu dan begitulah sebaliknya. 

Berbagai peristiwa berlaku termasuk pergolakan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang menyentuh perihal wang zakat yang mahu turut dikongsi bersama dengan bukan Islam. Namun peristiwa yang menjadi kemuncak perpecahan dalaman pakatan yang membentuk kerajaan negeri Selangor adalah peristiwa terpahat dalam sejarah negara iaitu pemurtadan umat Islam dan dikaitkan dengan gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

...bersambung

Siri 2 : Misteri @drhasanali - @Khalid_Ibrahim - Dr Yunus - Istana


Selamat kembali ke permainan ini.

Di dalam http://sinismalaysia.blogspot.com/2012/01/siri-1-misteri-drhasanali-khalidibrahim.html, pada petunjuk yang terakhir (gambar 1), telah saya beri 2 petunjuk dalam bentuk questionnaire kenapa Dr Yunus menjadi pilihan pihak Istana dan seterusnya diperkenan untuk diangkat sebagai exco kerajaan negeri Selangor bagi menggantikan Dato’ Dr Hasan Ali.





Jawapannya terkandung di dalam perutusan sidang media yang diberikan sendiri oleh Dr Hasan Ali dan best illustrated oleh sebuah blog dengan capaian yang berikut , http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/01/rombakan-exco-kenyataan-media-yb-dato.html.


Memetik ayat Dr Hasan Ali sebagai berkata :

Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan.

Bukankah telah saya nyatakan secara bentuk soalan dalam Siri I yang lalu? Tahniah diucapkan kepada Panglima Perang Cyber yang berjaya merungkai 1 misteri dari berbagai soalan yang kami kemukakan dalam Siri I.

Oh ya! Dr Yunus bukan sekadar komited dalam perjuangan dan tidak mungkin terpengaruh dengan golongan parasit, bahkan beliau adalah salah seorang pendukung Dr Hasan Ali!

Mari kita kembali kepada misteri dua keping gambar di bawah.




 

Selamat mencuba dan bertemu kembali dalam siri ke 3 akan datang !
;)


Monday, January 23, 2012

AuToboTs... TRANSFORM ! - Part 3


GONG XI FAT CHAI

Kronikal Selangor Pt.1


  I


Dato’ Dr Hasan Ali sememangnya satu fenomena di negeri Selangor. Apa sebenarnya yang berlaku di negeri bawah pentadbiran pakatan rakyat yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini?


Fenomena Hasan Ali bermula seawal kekecohan peristiwa rampasan minuman keras dikedai membeli belah di kawasan penempatan majoriti kaum Melayu dan beragama Islam. Rampasan yang mendatangkan kemarahan tidak terhingga seorang lagi exco kerajaan negeri, Ronnie Liu diselesaikan dengan gambaran diberikan Hasan Ali bersalaman dengan Ronnie. Komen ringkas kedua-duanya hanyalah “semua telah pun selesai dan ia hanyalah salah faham”.


Begitu mudah mereka menutup isu dengan apa yang disifatkan oleh pemerhati politik sebagai penyelesaian berbentuk kosmetik. Namun, ahli-ahli parti terutamanya PAS dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Bagi mereka, setelah Hasan Ali menjawat jawatan yang sinonim dengan perjuangan parti itu, PAS, mereka akan meneruskan agenda memertabatkan agama Islam dan memerangi kemungkaran yang dilarang dalam Islam di negeri Selangor. Malangnya, perkara tersebut tidak berlaku. Tidak di negeri Selangor yang dihuni oleh berbilang bangsa dan perbezaan peratusan pecahan kaumnya amatlah nipis jika dibandingkan dengan Kelantan atau Kedah.


II


Fenomena Hasan Ali tidak terhenti setakat ‘kes minuman keras’. Hasan Ali turut tidak selesa dengan corak pentadbiran Khalid Ibrahim yang terlalu ‘memanjakan’ parti perikatan mereka terutamanya DAP. Acapkali pentadbiran kerajaan negeri kelihatan tunduk kepada kemahuan DAP. Antara yang menjadi isu hangat diperbahaskan di peringkat akar umbi adalah kewujudan rumah-rumah urut yang tumbuh bak cendawan selepas hujan semenjak pemerintahan kerajaan pakatan mereka.


Umum maklum bahawa portfolio yang menjaga dan mengawalnya adalah portfolio yang dipegang oleh Ronnie Liu. Namun, Khalid Ibrahim seringkali memejamkan matanya. Perkara ini turut tidak disenangi oleh Hasan Ali. Namun Hasan Ali tidak mampu berbuat apa-apa berkaitan dengannya.


Lebih teruk, Hasan Ali mula turut menerima tentangan dari dalaman terutamanya ahli parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad.



III


Khalid Samad, sebagai ahli PAS seringkali menghentam tindak tanduk Hasan Ali. Pada satu peringkat, Hasan Ali dikaitkan dengan rundingan kerajaan perpaduan bersama Nasharuddin Mat Isa yang pada masa tersebut memegang jawatan Timbalan Presiden PAS.


Kredibiliti Hasan Ali sering dipertikaikan kerana mereka tahu pengaruh Hasan Ali di Selangor bukanlah suatu yang kecil anak. Untuk meminggirkan pengaruh Hasan Ali, suatu perkara yang lebih besar hendaklah dikaitkan dengannya. Suatu “grand-design”. Perkara itu tidak lain dan tidak bukan adalah mengaitkan Nasharuddin dan Hasan Ali dengan UMNO-BN. 

Tarbiyyah ahli-ahli PAS yang sangat membenci UMNO-BN akan turut terpalit kepada siapa pun yang didapati mempunyai hubungan dengan UMNO-BN. Mengaitkan Nasharuddin dan Hasan Ali dengan “rundingan kerajaan perpaduan” benar-benar membunuh kredibiliti dua tokoh ini. Demikian itu, Nasharuddin dan Hasan Ali menerima padahnya. Namun, pergeseran kuat dalaman PAS yang berlaku hanyalah disebabkan satu perkara; pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti!

...bersambung