Blog Archive

Tuesday, October 25, 2011

Mana Transformasi BN Dalam Penguasaan Alam Maya?

1. Berapa ramai ahli-ahli Yang Berhormat (YB) Barisan Nasional dapat menyalurkan maklumat secara timeline sewaktu dewan sedang berlangsung?

2. Apabila YAB Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2010 yang lalu, penguasaan media sosial dan interaktif adalah penting bagi berhubung dengan rakyat secara pantas dan lebih penting adalah tanpa birokrasi yang menyusahkan, adakah ianya dipandang enteng oleh sebahagian besar ahli-ahli politik BN?


3. Berapa ramai pula ahli-ahli politik yang dapat menyalurkan maklumat berguna dan terkini dengan editing yang memenuhi kemahuan rakyat? Ataukah ahli-ahli politik hanya sekadar syok sendiri dengan jadual harian dan gambar-gambar mereka memenuhi media-media sosial (jika ada) mereka seperti facebook, twitter, portal, blogs dan sebagainya?


4. Jika terdapat ahli-ahli politik dari BN yang menyalurkan maklumat yang amat berguna kepada ahli yang lain, adakah ianya hanya disimpan di dalam 'laci' atau 'poket' mereka tanpa memetiknya untuk diguna-pakai bagi tujuan makluman dan hebahan? Atau sememangnya ahli-ahli di bahagian-bahagian tidak tertarik dengan faktor-faktor sebegini sebaliknya hanya sensasi dengan berita-berita seks, skandal, moral & akhlak sahaja yang sebenarnya hanya efek kepada sipelaku namun kepada rakyat keseluruhan, mereka tidak merasa apa-apa melainkan perkara-perkara yang terkait dengan rakyat sendiri seperti ekonomi, harga barangan, penyalah-gunaan wang kerajaan yang juga merupakan wang hasil kutipan cukai rakyat?


5. Banyak lagi perkara yang harus diubah di peringkat bawahan terutama mentaliti bagi kesusaian dengan agenda transformasi yang dibentangkan di hadapan mereka oleh Najib Tun Razak dan ia termasuklah Plan Transformasi Politik (PTP) yang sepatutnya dikuasai terlebih dahulu oleh ahli-ahli politik peringkat cawangan dan bahagian kerana kerapatan mereka dengan rakyat.

6. Setidak-tidaknya, YB P Kamalanathan dari Parlimen Hulu Selangor telah membuktikan bahawa beliau adalah ahli politik muda yang dapat mengadaptasikan dirinya dengan proses transformasi yang dilaungkan oleh Najib dan kita mengharapkan agar lebih ramai lagi ahli politik sepertinya di dalam BN terutama apabila ramai ahli politik dari pihak pembangkang yang telah menguasai alam maya dalam mendapatkan pengaruh terhadap rakyat! 


7. Jadi, di manakah transformasi BN?


Monday, October 24, 2011

RiDicuLous ThOughtS


Twister, oh, does anyone see through you? * You're a twister, oh, an animal
But you're so happy, now * I didn't go along with you
So happy now * na na na na

But you're gonna have to hold on * You're gonna have to hold on

You're gonna have to hold on * hold on, hold on

Or we're gonna have to move on * We're gonna have to move on

Or we're gonna have to move on * move on, move on

I feel alright and I cried so hard * The ridiculous thoughts, oh

I feel alright, alright, alright, alright.

Twister, oh * I shouldn't have trusted in you

Twister, oh * a na na na 
It's not gonna happen, no * You're not gonna make fun of me
Happen now * na na na na

But you're gonna have to hold on * You're gonna have to hold on

You're gonna have to hold on * hold on, hold on

Or we're gonna have to move on * We're gonna have to move on

Or we're gonna have to move on * move on, move on

I feel alright and I cried so hard * The ridiculous thoughts, oh

I feel alright, alright, alright * Ah, I should have lied
But I cried so hard * The ridiculous thoughts, ah
I should have lied * have lied, have lied, have lied
But you're gonna have to hold on

You're gonna have to hold on
You're gonna have to hold on
 

Well, you're gonna have to hold on * You're gonna have to hold on
Hold on, hold on, hold on, hold on, hold on, hold.
 
Well, you're gonna have to hold on * You're gonna have to hold on,
To me...

Sabtu, 22hb Okt adalah "Hari Pembangkang Tertipu!"



Sun Tzu, pakar perang Cina telah menggariskan dalam Perkara 18, Bab 4 - "Tactical Dispositions" dalam buku tektikal peperangannya yang termasyhur, "The Art of War" seperti yang berikut :-

"Measurement owes its existence to Earth; Estimation of quantity to Measurement; Calculation to Estimation of quantity; Balancing of chances to Calculation; and Victory to Balancing of chances."

John Watson telah menterjemah serta menghuraikan di dalam Sun Tzu's Art of War perkara 18, bab 4 tersebut seperti yang berikut :-

"It is not easy to distinguish the four terms very clearly in the Chinese. The first seems to be surveying and measurement of the ground, which enable us to form an estimate of the enemy's strength, and to make calculations based on the data thus obtained; we are thus led to a general weighing-up, or comparison of the enemy's chances with our own; if the latter turn the scale, then victory ensues. The chief difficulty lies in third term, which in the Chinese some commentators take as a calculation of NUMBERS, thereby making it nearly synonymous with the second term. Perhaps the second term should be thought of as a consideration of the enemy's general position or condition, while the third term is the estimate of his numerical strength. On the other hand, Tu Mu says: "The question of relative strength having been settled, we can bring the varied resources of cunning into play." Ho Shih seconds this interpretation, but weakens it. However, it points to the third term as being a calculation of numbers."
 ***

Tanggal 22hb Oktober 2011 bersamaan hari Sabtu yang lalu, kelihatan seolah-olah rakyat Selangor menyambut hari hujung minggu seperti hari-hari Sabtu yang biasa mereka lalui sebelum-sebelum ini.

Namun, beberapa peristiwa penting yang berlaku menjadi petanda bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 sudah begitu hampir sekali.

Walau pun laman-laman portal, blogs mahu pun media sosial yang berhaluan pembangkang memberi perhatian sepenuhnya kepada satu peristiwa sahaja  iaitu HIMPUN, yang berlangsung di Stadium Shah Alam, dan sudah pastinya tajuk berita yang digambarkan adalah kehadiran peserta yang kurang dari 10,000 sebagai berita utama menunjukkan kegagalan penganjurnya yang dikatakan didalangi oleh kerajaan BN, namun sebenarnya himpunan-himpunan berlaku bukan sekadar di Stadium Shah Alam.


Sama ada portal, blogs mahu pun media sosial pro-pembangkang terlupa atau sengaja tidak mahu melaporkannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Timbalan Presiden UMNO serta Timbalan Pengerusi BN sebenarnya telah melakukan ground-work dengan membuat pusingan bertemu rakyat di selatan Selangor terutamanya Kuala Langat, Dengkil, Serdang dan Sungai Pelek.


Dalam program yang dinamakan "Program Nurani Rakyat" serta "Majlis Penerangan Perdana" itu, Muhyiddin telah bertemu hampir 20,000 rakyat Selangor di kawasan-kawasan yang berbeza sementara pembangkang hanya menumpukan perhatian mereka kepada situasi yang berlaku kepada kurang dari 10,000 umat di Stadium Shah Alam.

Dalam satu tindakan political deception yang dilakukan oleh BN bagi mengalihkan pandangan pembangkang, adakah media-media pro-pembangkang mahu melaporkan ini?


SAYA RASA TIDAK !




UIAM vs UNISEL




What so special about Aziz Bari?

There were many cases in Malaysia similar to his and most were brought to the house of justice for justification and rights. Further, more than half of the cases sided to the employees rather than the employers.

What so special about Aziz Bari that the students must made the sore-eyes demonstration in UIAM?

Could it be the same in the case of UNISEL? I doubt it.

After all, the involvement of some pathetic but smart politicians must have got something to do in it.

Well, I applaud the movement of those 'federal-opposition-politicians' in the UIAM-Aziz's case but pity the 'state-of-Selangor-opposition' when they should have done the same in the case of UNISEL, they didn't.

Maybe, they still think that they're in a comfort zone, which I hope that I was wrong!

Then, prove it!

 

Sunday, October 23, 2011

EveRyboDy HuRts!




When the day is long and the night 
the night is yours alone..
When you're sure you've had enough of this life 
well hang on..
 
Don't let yourself go 
'cause everybody cries 
and everybody hurts 
sometimes..

Sometimes everything is wrong 
 
Now it's time to sing along
When your day is night alone 
hold on.. hold on..

If you feel like letting go 
hold on..

When you think you've had too much of this life 
well hang on

'Cause everybody hurts 
Take comfort in your friends
Everybody hurts 
Don't throw your hand 
Oh, no.. 
 
Don't throw your hand
If you feel like you're alone 
no, no, no, you are not alone

If you're on your own in this life 
the days and nights are long
When you think you've had too much of this life 
to hang on

Well, everybody hurts 
sometimes
Everybody cries 
And everybody hurts 
sometimes
And everybody hurts 
sometimes 
 
So, hold on, hold on
Hold on, hold on, hold on, hold on, hold on, hold on
 
Everybody hurts 
You are not alone

Saturday, October 22, 2011

Archive #36

HIMPUN menyerang atau diserang? Siapa serang siapa? PDF Print E-mail
Written by StormRiders   
Friday, 21 October 2011 23:39



Maclean Patrick wajar membaca dan menyemak semula artikelnya “Himpun dan politik perpecahan agama” yang disiarkan dalam bm.malaysia-chronicles.com (pautan: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=19241:himpun-dan-politik-perpecahan-agama&Itemid=2).

Jika anda menulis dengan menggunakan logik akal bagi mewujudkan satu teori konspirasi, maka syabas saya ucapkan.

Namun untuk membaca secara ilmiah, penulisan anda wajar dibakul-sampahkan kerana anda terlupa untuk membaca bersama pemakaian undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, 1957.

Sebenarnya, perkara ini tidak sebegitu payah jika dibaca secara literal tanpa mencampur-adukkan dengan berbagai teori yang tidak berlandaskan pengukuhan mana-mana fakta, terutamanya peruntukan mana-mana undang-undang yang ditubuhkan, maka apakah sebenarnya motif kepada penulisan anda? wajar dipersoalkan.

Islam Adalah Agama Persekutuan

Biarlah kita membaca secara tersurat, bahawasanya agama Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia seperti yang dipertahankan oleh YB Karpal Singh bilamana YAB Nik Aziz Nik Mat mahukan Malaysia dinobatkan sebagai negara Islam (dalam konteks yang hanya difahami oleh Nik Aziz dan pengikutnya sahaja dan ia berkait rapat dengan polemik hukum hudud).

Perkara 3 (1) dengan jelas menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”.

Intepretasinya sangat mudah difahami, bahawa Islam itu adalah agama yang “utama” di Malaysia, sedangkan atas prinsip-prinsip demokrasi, bahkan, sejajar dengan tuntutan ajaran agama Islam itu sendiri, membenarkan agama-agama lain yang dianuti seseorang itu terus diamalkan asal sahaja keamanan terbela.

Melayu Adalah Islam, Islam Adalah Melayu Dalam Konteks Di Malaysia

Maka timbullah persoalan, siapakah yang boleh menganut agama selain Islam apabila undang-undang itu sendiri tidak menyebutnya atau silence?

Tiada peruntukan yang jelas menyebut siapakah yang boleh menganut agama-agama selain Islam tetapi ini tidak berlaku kepada agama Islam itu sendiri kerana sebagai agama Persekutuan yang punyai keistimewaan tersendiri apabila interpretasi “Orang Melayu” dengan jelas disebut dalam Perkara 160 (2) terkait dengan agama Persekutuan tersebut iaitu Islam.

Perkara 160 (2) dengan jelas menyebut bahawa; “Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu…

Intepretasinya amat jelas, berbanding kaum selain Melayu dan agama selain Islam, Melayu dan Islam digandingkan seawal Perkara 3, 11 dan 160 Perlembagaan Persekutuan, 1957. Ikatan ini adalah ikatan yang amat istimewa tidak diperolehi oleh mana-mana kaum dan agama di Malaysia justeru tidaklah boleh menjadi satu pertikaian oleh mana-mana pihak melainkan keseluruhan Perkara atau fasal itu diubah melalui pindaan perlembagaan yang memerlukan sokongan 2/3 undi ahli parlimen Malaysia.

Melengkapkan keistimewaan agama Islam dan kaum Melayu ini adalah payung yang didaulahkan di bawah Rukun Negara serta dimeterai kukuh oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu Raja Yang Dipertuan Agong sebagaimana peruntukan Perkara 32 fasal (1) hingga (4) Perlembagaan Persekutuan 1957, menjadi Ketua Utama Negara atau Persekutuan Malaysia.

Dan adalah menjadi salah satu fungsi utama Yang Dipertuan Agong mengetuai agama Islam bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan manakala ketua agama Islam bagi negeri-negeri adalah Sultan di bawah undang-undang atau enakmen tubuh negeri masing-masing.

Perkara inilah yang tidak dinyatakan atau mungkin sahaja tidak difahami oleh Maclean Patrick.

HIMPUN Dipolitikkan Bukan oleh Pengamal Politik Tetapi Ekstremis Agama

Mengapa perlu mempolitikkan “Himpun” sedangkan tuduhan Maclean dengan jelas mengaitkan ia dengan peristiwa Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada tanggal Ramadhan yang lalu.
Jika dilihat dari sudut kesalahan, sebenarnya bukanlah ahli politik per se yang patut dipersalahkan tetapi para ektremis agama yang bertopengkan politik.

Sekali lagi Perkara-Perkara yang dibentangkan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 dicabar dan menjadi pertikaian rakyat berbilang bangsa yang kurang arif atau mahir dengan perundangan. Hak-hak asasi manusia yang menjadi ikutan atau trend kerajaan moden disalah ertikan dengan sistem pengembangan agama.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menggariskan apakah hak asasi seseorang warganegara dan batasannya termasuklah soal beragama.

Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menghalang sesiapa juga mengamalkan agama serta adat resam mereka kecuali terawal di atas disebut bilamana keistimewaan itu terwujud secara semula jadi dengan gabungan Perkara 3, 11 dan 160 Perlembagaan. Dan ia menjadi bertambah 'kebal' dengan kemasukan Perkara 32 berkaitan Ketua Utama Negara yang turut menjadi Ketua Agama Islam.

Melayu dan Islam adalah dua perkara yang jelas disebut, manakala kaum serta agama lain adalah bersifat silence namun sebagaimana diperuntukkan oleh Perkara 11 semua kaum kecuali Melayu berhak mengamalkan anutan dan kepercayaan masing-masing.

Manakala Melayu yang secara otomatis kerana sifatnya yang diperuntukan oleh Perlembagaan tidak boleh disangkal adalah Islam, dan adalah menjadi satu hukum di dalam Islam jika Melayu itu meninggalkan agamanya yakni Islam, maka beliau bolehlah dipertuduh serta dihukum di bawah kesalahan murtad.

Namun, itu bukanlah masalah utama. Masalah utama apabila Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan 1957 itu turut menggariskan proviso menghalang penyebaran atau dakwah agama yang lain terhadap Melayu yang otomatis adalah Islam atau sesiapa juga penganut agama Islam yang lain selain kaum Melayu.

Perkara ini jelas disebut di bawah fasal (4) iaitu; “Undang-undang negeri dan berkenaan Wilayah Persekutuan, undang-undang Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau apa-apa kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam”.

Jika pun benar, kerana sehingga kini kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim gagal melaporkan perkara yang sebenarnya kepada umum, sebaliknya titah Tuanku Sultan Selangor yang menyatakan bahawa tindakan JAIS dalam kes DUMC itu adalah benar dan tepat menjadi isu utamanya, maka, sewajarnya pihak yang telah melangkaui batas-batas perundangan sebagaimana yang termaktub atau tergaris dalam Perkara 11 fasal (4) Perlembagaan Persekutuan 1957 adalah tidak lain dan tidak bukan adalah mereka yang melanggarnya iaitu DUMC. Manakala andaian bahawa pelaku murtad pula bolehlah dikenakan pertuduhan di bawah enakmen undang-undang jenayah Islam negeri.

Saya tidak menuduh bahawa DUMC telah pun salah kerana hingga hari ini tiada pertuduhan dibuat ke atas mana-mana pihak, baik si pelaku yang dituduh murtad mahu pun pihak-pihak yang menjalankan pemurtadan si pelaku tersebut.

Sebenarnya, Siapa Serang Siapa?

Namun, penulisan Maclean dari www.malaysia-chronicle.com tersebut yang terus meletakkan kesalahan kepada baginda Sultan Selangor, dan Perdana Menteri Malaysia selaku pemain politik utama yang menjadi dalang kepada perhimpunan umat Islam atau “HIMPUN” adalah satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali sebaliknya cuba menenggelamkan perbuatan salah kepada pihak yang sepatutnya salah.

HIMPUN sebenarnya bukanlah himpunan yang mahu melakukan serangan agama terhadap mana-mana agama selain Islam sebaliknya HIMPUN adalah himpunan mempertahankan hak-hak mereka, dalam konteks ini, Islam dan Melayu-Islam sebagaimana yang jelas tergaris dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, 1957.

Lebih pelik lagi apabila tuduhan dilemparkan bahawa himpunan tersebut merupakan agenda politik dalam pecutan akhir barisan parti yang membentuk kerajaan melakukan 'political-agendas' dalam memastikan kemenangan PRU-13.

Sebenarnya, pihak yang mempolitikkan dengan cara mempertikaikan HIMPUN lah yang melakukan serangan, seperti Maclean dari www.malaysia-chronicle.com ini. Tidak mustahil terdapatnya ekstremis agama yang bertopengkan politik di pihak pembangkang dalam usaha menyembunyikan kesalahan mereka melalui cara “preemptive strike”.

Siapa serang siapa sebenarnya?

Archive #35

Dr Hasan Ali - Soal Akidah Bukan Perkara Main-Main, Ianya Serius PDF Print E-mail
Written by GreenHood & krews: PapaRowk & WildOutDoors   
Thursday, 20 October 2011 13:56 



Pengarang: GreenHood
Krews: PapaRowk & WildOutDoors

Pada 17hb Oktober yang lalu, sekitar jam 12.30 tengahari, kami berkesempatan mencuri masa setengah jam dari jadual YB Dr. Hasan Mohamed Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, krew KritisOnline berjaya mendapatkan buah pandangan ikhlas serta nasihat beliau berkaitan soal akhlak dan akidah umat Islam dewasa kini.
Dalam suasana yang santai di pejabatnya, di tingkat 2, Bangunan SUK Shah Alam, beliau membayangkan bahawa akhlak dan soal akidah umat Islam kini berada pada paras yang agak membimbangkan.

Very very bad!” adalah gambaran pertama yang diucapkan sewaktu kunjungan krew kami.

Menceritakan pengalaman beliau sewaktu menjadi pakar motivasi selama hampir 30 tahun, beliau mengakui tidak pernah berjumpa seorang pelajar dari tingkatan 5 yang berjaya menunaikan solat subuh sedari rukun awal (niat dan takbiratul’ihram) hinggalah salam terakhir dengan sempurna kecuali mereka yang datangnya dari sekolah arab, sekolah  agama dan maahad tahfiz.

Bahkan, lebih teruk lagi digambarkan bahawa umat Islam kini pun tidak tahu perkara asas seperti rukun iman dan rukun Islam.

Untuk mendefinisikan ia (akidah dan akhlak), seseorang itu mesti tahu benchmark nya. Benchmark nya adalah rukun iman dan rukun Islam. Kita wajib tahu ini!

But how many people out there yang tahu berapa rukun iman dan berapa rukun Islam? Perkara basic pun kadang-kadang mereka tak tahu. You ask them… berapa rukun iman dan berapa rukun Islam? Itu pun mereka tak tahu,” ujarnya.

Perkara asas seperti rukun iman dan rukun Islam merupakan banteng pertama kepada soal akidah dan akhlak budi pekerti umat Islam. Dr. Hasan Ali membayangkan jika asas pertahanan ini pun tidak dikuasai maka unsur-unsur luar (negative influences) yang boleh mengganggu-gugat akidah umat Islam akan mudah menyerang mereka. Akhlak adalah perkara yang bermula dari soal pokok iaitu akidah itu sendiri.

When influences come in… and they put the baits… benda-benda yang berbagai itu (baits)… bagaimana mereka hendak pertahankan diri? Apa pertahanan diri dia?” kata Hasan Ali.

People are now surrounded by materialism… elements in life. People day and night, are looking for kebendaan. Kebendaan, kebendaan, kebendaan…  akhirnya dia tak sempat dah… semua tak sempat. Masa tak sempat… didik anak tak sempat, didik isteri tak sempat, didik keluarga tak sempat… akhirnya agama pun terpinggir,” ujarya lagi.

Memberi contoh beliau berkata jika di Malaysia, apabila azan dilaungkan, orang Islam masih lagi duduk leka di warung-warung, padang bola, di pasar-pasar dan sebagainya. Bagaimana hendak dikatakan akidah umat Islam tersebut baik? Apatah lagi soal akhlaknya jika cermin yang ditonjolkan itu sedemikian. Sebaliknya, jika dibandingkan di Mesir, andai sahaja azan dilaungkan maka segala urusan dunia ditinggalkan dan berduyun-duyun umat Islam ke masjid, atau sahaja sembahyang di mana yang sempat.  Malangnya ini tidak berlaku di Malaysia.

Beliau menambah, di Malaysia setiap kemajuan yang dibuat secara dasarnya boleh membawa pengaruh yang tidak baik. Semuanya demi elemen materialistik sahaja.  Kedai dibuka 24 jam, orang hidup tak henti-henti dengan kebendaan. Walhal, di negara maju seperti United Kingdom atau Australia pun kebanyakkan urus niaga hanyalah sehingga jam 10.30 malam sahaja.

Jangan kata kedai 24 jam macam kedai mamak, nak minum beer pun bukan senang-senang  pegang botol beer dan bawa ke sana sini untuk minum (merujuk di London dan Melbourne). Ini tak (di Malaysia),”  katanya.

Tapi saya bukanlah yang jaga tu semua… I’m not the person who controls it. Untuk keluarkan lesen dan sebagainya. It’s not in my turf! (selaku EXCO yang berkaitan),” tambahnya lagi.

Namun, menolak bahawa dirinya anti-kemajuan (anti-development), Hasan Ali berkata setiap perkara mestilah sama adil atau balance.

Macam ni lah, don’t get me wrong. I’m not anti-development… I’m not anti-economics… anti-business dan sebagainya… no! Tetapi saya hendak business must go along with ethics… business must go along with ‘akhlak’… business must go along…. Senang cerita…  above all … religion (come first)! Tak kisahlah, Kristian punya religion ke… apa ke… mesti ada elemen itu. Tetapi, malangnya benda tu (religion) tak ada langsung” katanya.

Namun, kini Hasan Ali mula mewujudkan elemen tersebut di Selangor terutamanya. Di Gombak contohnya, beliau telah mula mewujudkan khemah atau kontainer untuk bersolat  di pasar-pasar malam. Beliau sediakan tempat untuk solat bagi muslim dan muslimah. Setidak-tidaknya, perkara ini adalah asas untuk mewujudkan kesedaran umat Islam untuk bersolat.

Menjawab kepada soalan KritisOnline kemungkinan akidah umat Islam itu sendiri goyah akibat kesempitan hidup atau kemiskinan sebagaimana yang dilaporkan dalam beberapa tulisan portal dan blog, Hasan Ali tidak menafikan namun menegaskan bahawa ianya bukanlah punca utama dan terutama di negeri Selangor, pusat zakat berjaya memainkan peranannya dengan baik bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar layak menerimanya.



(Pusat) Zakat has been doing very fine. Pusat zakat bagi tahu saya, siapa betul-betul orang miskin, and they fulfilled all the requirements, and yet they don’t receive zakat… bagi tahu saya. Zakat ni dah merata… kalau zakat di negeri Selangor ni dah merata dah (diberi),” jawab Hasan Ali.


Kenapa (pusat) zakat sahaja (yang disalahkan)? Kenapa tak Jabatan Kebajikan Masayarakat sekali?” tambahnya dalam isu kegagalan menolong umat Islam yang miskin yang mungkin menjadi faktor akidah mereka goyang.


Dr. Hasan Ali menjelaskan bahawa kegagalan akidah adalah bermula secara fundamental. Pengajaran tentang Islam yang bermula seawal sekolah rendah hanyalah bersifat teknikal seperti pengajaran geografi atau sejarah atau subjek-subjek yang lain. Namun dari segi penghayatannya tidak ada langsung. Sebab itu akidah gagal dibentuk secara baik.


Akidah boleh rosak bukan kerana kemiskinan sahaja. Kalau miskin, maka perkara yang ditawarkan oleh mereka yang mengajak kepada kekufuran (murtad) adalah wang. Tapi bagi mereka yang punyai wang, perkara lain pula yang ditawarkan seperti ideologi dan sebagainya.


Dengan sebab itu, kini Dr, Hasan Ali di bawah portfolionya selaku Pengerusi  Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam telah mewujudkan satu unit khas yang dipanggil USA, singkatan kepada “Unit Selamatkan Akidah”, bertujuan bagi membantu mana-mana pihak yang dipercayai, setelah siasatan dilakukan, untuk menyelamatkan akidah mereka dari dipesongkan. Ianya telah ditubuhkan secara rasmi pada 5 September yang lalu iaitu seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.


Ditanya tentang keberkesanan USA, Hasan Ali menyatakan sehingga kini sudah menerima 35 orang atau kes yang datang kepada USA memohon untuk dibantu.


It is a very serious matter (apostasy). For me there’s no tolerance against apostasy and therefore… saya bersama JAIS dan MAIS… and I think Sultan has got the very same view you know, and Sultan is very serious about this thing, and we (together with JAIS and MAIS) are echoing what the Sultan says, I mean, MAIS, JAIS and me (the office of Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) are concentrating in preventing that (apostasy) from happen. Dah tak ada masa lah nak bincang-bincang,“  kata Hasan Ali.


Soal akidah adalah suatu perkara yang serius. Saya telah ditakdirkan untuk menduduki kerusi ini (EXCO dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) dan saya bukan sahaja bekerja untuk rakyat namun yang paling utama saya juga telah diamanahkan oleh Allah untuk melakukan apa yang disuruh-Nya”, kata Dr. Hasan Ali sebelum menamatkan bual bicara santai bersama krew KritisOnline.

Wednesday, October 19, 2011

oh BULAN...



definitely got nothing to do with 
PAS !

Tuesday, October 18, 2011

Archive #34

Persepsi Tidak Wajar Terhadap Rosmah PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Monday, 17 October 2011 05:59


Oleh: GreenHood

Dalam iklim PRU 13 yang semakin bahang, apa juga perkara yang boleh diputarkan (spin) bagi mewujudkan persepsi buruk pasti akan dilakukan demi meraih kepentingan politik.

Demikian itu apabila Bernama melaporkan berita berkaitan Datin Seri Rosmah Mansor yang turut hadir dalam lawatan tidak formal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kementerian Kewangan sewaktu operasi terakhir persiapan Belanjawan 2012 baru-baru ini turut disensasikan oleh terutamanya pakatan pembangkang.

KeadilanDaily contohnya, menjadikan berita yang dipetik dari Bernama itu seolah-olah satu kesalahan besar yang termaktub dalam mana-mana undang-undang negara sedangkan kehadiran Rosmah yang mengikuti suaminya adalah bukan satu kesalahan jenayah pun.

Lebih hairan, ianya disensasikan oleh Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, seorang peguam yang sewajarnya mahir tentang perundangan negara.

Dalam kenyataannya yang berbunyi

Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah? Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif”.


Memang benar, kehadiran Rosmah adalah satu ‘unprecedented case’ namun kita sebenarnya tidak tahu sama ada isteri bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia sebelum Najib pernah turut hadir menemani suami mereka sewaktu operasi persiapan belanjawan-belanjawan negara terdahulu berlangsung namun tidak dilaporkan seperti yang dilakukan oleh Bernama kali ini.

Sebenarnya, berbagai andaian dan kebarangkalian boleh terjadi contohnya lawatan tersebut adalah di luar jadual Najib serta beliau mengambil kesempatan untuk singgah ke kementerian berkaitan sewaktu sedang bersama isterinya menuju atau pulang dari program lain. Bukankah ini juga satu persepsi?

Hanya kerana Shamsul Iskandar menyelar Rosmah bagi mewujudkan persepsi negatif, maka imej negatif lah yang terbentang dan ianya tetap dipandang negatif jika tidak dibalas dengan persepsi yang lain, dalam konteks ini, persepsi positif.
Sedangkan sebagai peguam, Shamsul Iskandar sewajarnya maklum bahawa dalam setiap ikatan perkahwinan, terwujud semula jadi imuniti perundangan antara suami-isteri dalam pengecualian yang dinamakan sebagai ‘marital privilege’. Atau sahaja mungkin Shamsul Iskandar bukanlah seorang peguam yang mahir serba-serbi tentang perundangan demikian itu hanya menjadi ahli politik?

Apakah bezanya Najib membawa isterinya melawat secara tidak formal persiapan Belanjawan 2012 tersebut sedangkan sebagai suami-isteri Najib juga pastinya berkongsi cerita termasuk berbagai perkara sewaktu di rumah? Bukankah itu pemakaian am dalam ‘exceptional in law between spouse in the case of marital privilege’?

Persoalannya, apakah yang mampu Rosmah lakukan bagi mengubah kertas Belanjawan 2012 hanya dalam masa kurang dari 1 jam di hadapan Menteri Kewangan Kedua, Timbalan-Timbalan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Gabenor Bank Negara?

Jika memakai kaedah ‘a reasonable and prudent man test’ sekali pun, andai anda turut merasakan Rosmah mampu melakukan sesuatu terhadap rang cadangan Belanjawan 2012 itu dalam masa kurang dari 1 jam di hadapan personel yang dinyatakan di atas, maka pastinya anda akan tergolong dalam kategori ‘unreasonable’ dan turut sama berakal cetek sebagaimana Shamsul Iskandar.

Justeru, sebagaimana yang saya nyatakan awalan di atas, pada masa iklim PRU 13 semakin  terasa bahangnya, setiap perkara yang mampu mewujudkan persepsi buruk pasti akan diambil kesempatan itu dan dalam hal ini Shamsul Iskandar tidak terkecuali!