Blog Archive

Saturday, April 23, 2011

lucu!

Beberapa komen saya terima dari rakan. Tanya-nya "blogger jenis apakah saya ini?".

Jawap saya: "Saya bukan blogger. Ini adalah personal-ledger saya terbuka untuk dibaca".

:) 

www.kritis-online #4

Saya hanya nak menang Samsung Galaxy-Tab dari www.bloghousemalaysia.com (BHM)!PDFPrintE-mail

User Rating: / 11
PoorBest 
Written by cintaquraina@gmail.com   
Friday, 22 April 2011 14:41

Se riously! Saya bukan seorang blogger. Saya hanya seorang facebooker. Apa pun, saya beranggapan bahawa menjadi seorang penulis blog mahupun seorang yang fanatik terhadap penggunaan facebook, atau apa sahaja kemudahan media sosial internet yang dihidangkan di hadapan rakyat Malaysia, mereka memainkan peranan yang sama besar dalam alam maya – berinteraksi, bersosial, menyampaikan dan memperolehi maklumat. Perkara ini bukan suatu yang baru. Semenjak zaman MiRc diperkenalkan ianya sudah sebati kepada pengguna kemudahan media sosial.

Membuka dan melayari www.bloghousemalaysia.com, fikiran saya jauh melayang merentasi waktu. Pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-5, beliau pernah berkata bahawasa-nya "knowledge is power". Kaedah mencari dan memperolehi maklumat semakin maju. "Dunia kini di hujung jari". Maka tidak hairanlah sebagai bapa kemodenan dan pembangunan Malaysia beliau telah membuka lembah silikon yang kini dikenali sebagaiCyberjaya.

Cyberjaya menjadi mercu – tanda kepada dasar keterbukaan Malaysia terhadap sebarang bentuk maklumat. Bergantung-harap kepada sumber maklumat yang disampaikan oleh media perdana menjadi tidak signifikan tanpa membandingkan dengan dua atau tiga sumber bacaan yang lain. Hujah mereka mudah, media perdana hanyalah alat propaganda kepada kerajaan sedia ada. Bagaimana jika maklumat yang disampaikan tidak tepat dan hanya berpihak kepada satu pihak yakni kerajaan sahaja?

Masih lagi berada di atas mesin-perentas-waktu dan lokasinya adalah Malaysia - kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 membuka dimensi baru dalam penggunaan media sosial alam maya di Malaysia. Alam saiber menjadi pentas bagi menzahirkan apa yang terbuku dijiwa dan minda. Ia menjadi satu-satunya kaedah yang efisien dalam menyalurkan dan memperolehi maklumat – Tanpa Batas! Waima cetakan secara haram mahupun perkumpulan manusia secara haram yang boleh menjangkau sepuluh ke lima belas ribu manusia pada satu-satu masa untuk mendengar penerangan mahupun ceramah, atau juga edaran cetakan-cetakan tersebut dalam himpunan haram itu yang bertujuan hanya satu - mempetahankan seorang manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim, ia tidak sehebat alam saiber menyalurkan segala bentuk maklumat yang mereka mahu salurkan.

Justeru, kempen "KeAdilan" dilaungkan-laungkan dalam bentuk maya. "Reformasi" dihebahkan secara maya. Mengutuk, mengeji, memburuk-burukkan pihak yang kononnya berlaku zalim kepada Anwar Bin Ibrahim dilakukan secara maya. Mengaitkan ketidak-adilan rakyat dengan mempotretkan Anwar Bin Ibrahim sebagai ikon atau lambang ketidak-adilan tesebut tersebar luas menerusi alam maya.

Nama-nama hebat seperti Raja Petra Kamarudin, Anuar Reform, Tian Chua, Jeffrey Ooi dan ramai lagi secara terangan dan serius memerangi kerajaan di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad di alam maya. Mereka menjadi propagandis. Mereka menjadi aktivis. Mereka menjadi bloggers. Mereka menjadi portalist. Mereka boleh menjadi apa sahaja di alam maya dengan objektif yang sama – mempertahankan manusia bernama Anwar bin Ibrahim serta melakukan gerakan menggoncang kerajaan Malaysia di bawah teraju Tun Dr. Mahathir.

Mungkin agaknya para wartawan serta jurnalis, mahupun penulis seperti Rockybru, Syam My Anger, Nobisha, Khalid Jaffar, Zaharin Md. Yasin dan lain-lain yang bernaung di bawah media arus perdana atau publication tertentu merasakan penulisan mereka terikat di bawah telunjuk syarikat di mana mereka dipayungi - lantas tidak dapat memenuhi kehendak naluri sendiri penulisan mereka. Jadi, menulis di alam maya dengan membuka portal atau blog sendiri adalah penyelesaian yang terbaik. Kecenderungan mereka menulis adalah berat kepada gerakan reformasi yang semakin hangat ketika itu.

Mungkin kerana mahukan attention from audience yakni pembaca yang gemar membaca sebarang bentuk maklumat alternatif dari alam maya, atau mungkin sahaja kerana kepercayaan mereka yang berat kepada gerakan reformasi, maka ayat bahawa mereka adalah penulis yang simpati kepada perjuangan Reformasi terpacul dari mulut penulis-penulis di kalangan kelompok kedua yakni; jurnalis, wartawan dan sebagainya disebut terdahulu di atas.

Kelompok kedua nampaknya lebih mendominasi - mungkin sahaja kerana pengalaman menulis yang menghasilkan penulisan yang menarik bersifat universal secara luaran, tetapi dengan halus menghiris hingga ke ulu hati atau meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca maya mereka.

Sebaliknya kelompok pertama yang menjadi soldadu hadapan atau komrad penggempur menggunakan berbagai bentuk taktikal assault dalam mengasilkan karya mereka yang bersifat holistik dan brutal yang boleh sahaja membangkitkan perasaan amarah, benci dan meluat dalam meninggalkan kesan terhadap pembaca maya mereka. Tektik "menyelongkar hingga ke seluar dalam" mangsa penulisan mereka bukanlah suatu yang asing. Namun, ia tidak bersifat universal dan hanya segelintir yang boleh menerimanya terutama golongan muda. Ia mengingatkan saya secara tidak langsung kepada James Dean di dalam filem Rebel Without a Cause. Bezanya, mungkin golongan muda percaya bahawa Reformasi adalah cause dalam menghalalkan perbuatan mereka.

Pengumuman perletakan jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah klimaks pertama gerakan pejuang-pejuang maya. Namun adakah terhenti di situ? Sudah pasti tidak. Berbagai watak, berbagai peristiwa, berbagai agenda menjadi bahan penulisan para penulis alam maya menggunakan semua medium internet yang ada. Apatah lagi dengan kemunculan youtube, myspaceFriendster, facebook, twitter dan lain-lain.

Kombinasi portal, blog, youtube serta berbagai medium interaktif sosial seolah-olah menjadi senjata yang ampuh pernah tercipta dalam sejarah ketamadunan manusia terutama dalam peperangan minda dan fikiran. Imaginasi menjadi realiti. Persepsi menjadi fakta. Jika sistem perdagangan fundamental membenarkan dagangan masa hadapan, maka spekulasi dalam penulisan pada bila-bila masa boleh bertukar menjadi fakta. Ironinya, manusia sendiri membenarkan perkara itu menjajah minda mereka.

Bila mengetahui kuasa yang mereka pegang setelah klimaks kali pertama, hala-tuju penulis maya mula bertukar angin. Ini berlaku terutamanya kepada penulis terhimpun dalam kelompok kedua sedangkan penulis maya dalam kelompok pertama majoritinya masih mengekalkan peperangan mereka – peperangan menerap minda rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan dengan kaedah memburukkan kerajaan. Anwar Bin Ibrahim tetap kekal sebagai ikon ketidak-adilan.

Apa yang nyata, sama ada kelompok pertama mahupun kelompok kedua cuba mencari sebab bagi merasionalkan penulisan mereka. Contohnya, Nuraini Samad suka berbicara soal kemanusiaan dan kehidupan harian. Anuar Mohd Nor, beralih angin kepada me-reform-kan UMNO setelah hilang kepercayaan terhadap KeAdilan. Salahuddin Lempoyang, bermain-main dengan sketsa sinis dari sekecil-kecil politik cawangan hinggalah sebesar-besar perkara seperti penyelewengan fakta oleh UEM BerhadNobisha, masih lagi dengan fakta dan angka dalam membenarkan setiap hujah penulisannya.

Mereka bergerak secara solo. Tetapi adakah mereka soloGimmick penubuhan Bloggers United Malaysia telah diilhamkan oleh Rockybru bagi mengumpulkan para penulis alam maya. Mereka berkumpul, mereka berbincang, mereka berjumpa seseorang atau lebih tepat lebih dari seorang. Tan Sri Sanusi Junid sebagai contohnya telah beberapa kali mengadakan pertemuan tertutup dengan segelintir besar para penulis alam maya ini. Datuk Sri Rais Yatim, turut memanggil bukan sahaja para editor media perdana tetapi para penulis alam maya yang punyai nama. Ada desus angin mengatakan, bahawa Tan Sri Sanusi Junid sewaktu pertemuan bersama bloggers ini turut membuat panggilan telefon kepada Raja Petra Kamaruddin yang hidup dalam pelarian bagi bertanya khabar.

Namun, tiada hitam atau putih yang termeterai bagi mana-mana penubuhan kelab mahupun persatuan yang menghimpunkan nama-nama besar penulis alam maya ini.

Sewaktu dijemput di dalam sesi forum perdana latihan cybertoopers UMNO di Pusat Latihan ILMU Janda Baik beberapa tahun yang lalu, Rockybru yang menjadi moderator forum tersebut bersama-sama ahli forum yang lain termasuklah Syam my Anger, Nuraini Samad, Parpukari, Salahuddin Lempoyang dan Syed Outside the Box telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan yang diciptanya sendiri selaku Presiden Pro-tem kepada Bloggers United Malaysia.Beliau menamakan Syed untuk menyambung perjuangan bagi merealisasikan penubuhan persatuan tersebut. Walaupun begitu, akujanji dari Rockybru untuk sentiasa membantu sebagai penasihat kepada Bloggers United Malaysia.

Kini, adakah kita memahami penubuhan www.bloghousemalaysia.com?

Jika tidak, mari kita kembali menaiki mesin-perentas-waktu. Adakah kita pernah mendengar nama-nama kumpulan yang begitu banyak tertubuh setelah klimaks kali pertama? Pernahkah anda mendengar nama-nama seperti www.mykmu.nethttp://unitmediabaru.blogspot.com?http://kelabchedet.comhttp://nadirakyat.blogspot.com? dan berpuluh lagi kumpulan yang pernah kita dengar. Bagaimana pula dengan www.malaysiakini.com?http://themalaysianinsider.comhttp://malaysia-today.netwww.umno-online.com?

Jika di dalam facebook kita boleh pada bila-bila masa membuat group bagi menghimpun parafacebookers seperti group ISU SEMASA (politik), parlimen fb, PRU 13, KEBANGKITAN MAHASISWA MALAYSIA, Sidang Parlimen Maya, Malaysian Minds Today, Pejuang-Pejuang Kebenaran dan sebagainya – maka kemusykilan akan berlaku jika ingin menyatukan semuagroup tersebut kerana setiap group itu punyai admin yang berbeza serta agenda tertentu. Sebenarnya, yang punyai kuasa terhadap group tersebut hanyalah www.facebook.com yang meletakkan syarat dan terma sebelum anda menggunakannya. www.facebook.com adalah pemenangnya.

Bagaimana pula dengan www.bloghousemalaysia.com? Sudah tentu anda perlu patuhi syarat dan terma yang telah diperuntukkan mengikut perlembagaannya yang sudah pun diluluskan oleh Pendaftar Persatuan Malaysia atau ROS. Maka tertinggallah nama-nama sepertiwww.mykmu.nethttp://unitmediabaru.blogspot.comhttp://kelabchedet.com dan sebagainya. Pendaftaran adalah secara individu, bukan persatuan dan jika anda adalah top-man di dalam kelab atau persatuan lain yang belum berdaftar, secara tak langsung, kelab atau persatuan haram anda terpayung di bawah www.bloghousemalaysia.com dengan kuasa top-man yang anda pegang bila berkolaborasi.

Oh ya! Adakah sepanjang tempoh perkembangan drastik para penulis atau pejuang maya hanya meraikan hari klimaks-nya sekali sahaja? Tidak! Klimaks kedua adalah berpihak kepada penulis maya dalam kelompok pertama diceritakan di atas apabila mereka meraikan hari kemenangan tanggal Mac 2008 setelah apa yang disebut sebagai Tsunami Politik Malaysia 2008 berlaku. Klimaks ketiga adalah bilamana pecahan besar penulis maya kelompok kedua meraikan hari penyerahan surat perletakkan jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 2 April 2009. Semi-Klimaks keempat berlaku bilamana pilihanraya negeri Sarawak kali ke-10 masih berpihak kepada Barisan Nasional yang diraikan oleh pecahan kelompok kedua.

Mari kita naiki mesin-perentas-waktu sekali lagi dan kali ini kita menuju ke masa hadapan – siapakah yang bakal klimaks selepas ini dan bila? Pilihanraya umum ke-13? Pemilihan UMNO setelah penundaan 18 bulan? Mungkinkah www.bloghousemalaysia.com adalah persiapan kepada 2 perkara bakal berlaku di masa hadapan itu?

Kelmarin, ada seorang sahabat menghantar mesej kepada saya. Katanya beliau kagum dengan powerful force persatuan ini dalam membawa turun Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberikan luncheon-talk nya. Lebih hebat bila digandingkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk merasmikan majlis tersebut. Sambungnya, beruntung sungguh jika dapat dipayungi oleh persatuan ini.

Secara na├»ve tetapi jujur saya menjawab, adakah persatuan itu yang powerful ataupun powerfulsungguh Tun Dr. Mahathir dalam memilih barisan www.bloghousemalaysia.com dan lebih hebat lagi bagi Tun memaksa Datuk Seri Najib mengiktirafkannya? Tun hendak apa ya? Band of Bloggers sudah pun selesai misi mereka pada klimaks kali ketiga. Adakah sasaran seterusnya Tan Sri Muhyiddin? Datuk Seri Hishamuddin? Datuk Seri Zahid Hamidi? Ahhh.. kita lupa pula bapa mertua disebut, anak menantu tertinggal. Mungkin juga keciciran Datuk Mukhriz Mahathir pada tahun 2008 bakal ter-redeem pada pemilihan nanti?

****

Hey hey hey! Why so serious? Di atas hanyalah odisi fantasi perjalanan saya menaiki mesin-perentas-waktu dengan tujuan ingin memenangi hadiah yang ditawarkan olehwww.bloghousemalaysia.com – Samsung Galaxy-Tab.

Pengirim email:

Thursday, April 7, 2011

SPRM under fire - let thing speaks for itself

I used to say, in my first and formost article in this blog - "As we search for the truth, let things speak for itself.." (article: #1 entry).

The phrase I used above derived from the latin legal maxim - res ipsa loquitor. My obsession to that maxim (res ipsa loquitor/ thing speaks for itelf) outshone when I had named my second blog (earlier than Sinis) with http://resipsaloquitur.blogspot.com/. That was some two-year back, if I'm not mistaken.

***

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) or Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC)... in a hot-soup, again!

Same cause of death, but different facts and (body)figures. The first case involving one-young-Chinese-deceased and the second one a almost-retire-Malay-deceased. Different background but one similarity - both found death on a ground-floor while in a midst of interrogation in SPRM/MACC premises - perhaps NOT! In the second case, his return to SPRM/MACC building was questioned at large. Whatever, perception has been created. SPRM/MACC is under-fire!

***




Let thing speaks for itself - the security offered by SPRM/MACC is under question - where is the "duty of care"? Whether the deceased killed themself or being killed by someone else, that goes second - the public is now afraid! Very-very afraid! A tense has been created!

Government agency or agencies is/are unreliable! At least, that's my feeling right now. How about you? 


Friday, April 1, 2011

Anuar Reform - a "reasonable & prudent man test"



I feel pity for him. Lately, he was attacked by several bloggers, to name a few, Medan Info Kita, Selangor Daily and now The Unspinners. Not to forget, previously he had "quite a roar" with Sallehuddin of Another Brick In The Wall about "gay-minister-controversy" which he (Sallehuddin) tried to create a stir. But Anuar-Reform came to the rescue when he sensed a malice agenda.  UMNO generally can be badly implicated by such game. Bare in mind, 13th general election is just around the corner - and UMNO election will only come second.

Ironically, the names I mentioned above are all linked to UMNO hence, the "Pro-BN Bloggers".

What is the actual motive here by trying to create chains-of-accusation against Anuar-Reform? That is the true question need to be answered. Perhaps, in a very "direct-and-straight-to-the-point-form".

They must to put weight to their accusation  by giving a concrete and valid evidence or proof.

To all readers, I have to say this. When you apply the reasonable & prudent man test to the accused person, you too as the accuser needs to apply the same test "to yourself" or otherwise your motive will be questioned.

In my opinion, the accusation against Anuar-Reform is frivolous and vexatious. There is no "serious-threat-elements-to-national-nor-UMNO" and the accusation just likely to tarnish his name and reputation - that's all about.


p/s: oh ya... Kelab Chedet and Mohamad Norza Zakaria too were suddenly dragged into the game. Why? Wasn't it pathetic?